Title Author Published Material
|
Summary
Malaysia merupakan sebuah negara maju yang membentuk keperibadian nasional mengikut acuannya sendiri. Elemen utama untuk mencapai keperibadian nasional ialah perpaduan rakyat. Bagi negeri Sabah, bagaimana perpaduan rakyat dicapai melalui proses perkembangan dan transformasi pendidikannya? Bagi mendapatkan jawapannya, penulis terdorong untuk menulis tentang sejarah perkembangan sistem pendidikan di negeri Sabah. Fokus perbincangan tertumpu kepada sejarah perkembangan dan faktor pendorong berlakunya transformasi pendidikan dalam kalangan penduduk Sabah sebelum dan selepas kedatangan pengaruh barat dan seterusnya, selepas penubuhan Malaysia. Aspek utama yang dibincangkan berkaitan dengan perubahan dalam pendidikan, khususnya dari aspek pertambahan bilangan sekolah, guru dan murid serta perubahan dari segi kurikulum dan dasar kerajaan. Turut dijelaskan ialah soal kepelbagaian jenis sekolah, aliran sekolah dan bahasa pengantar yang digunakan.