A- A A+

16 Tanaman Pasu Popular

Penulis
Hieronymus Budi Santoso

Terbitan
Synergy Media dengan Kerjasama PT Agromedia Pustaka, Indonesia. 115 Muka Surat.

 

Ulasan oleh Nuratiqah binti Mohamad Deris, Latihan Industri, Fakulti Informasi, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kedah

Buku bertajuk ‘16 Tanaman Pasu Popular’ ini membincangkan cara-cara penyediaan dan penjagaan 16 tanaman dalam pasu serta kegunaan dan khasiat setiap tumbuhan. Selain itu, beliau juga turut menyatakan kebaikan tanaman pasu.   Antaranya ialah mampu membuat kawasan rumah sejuk dan nyaman, dijadikan hiasan tempat-tempat tertentu seperti ruang kerja eksekutif, ruang tamu pejabat, lobi-lobi hotel atau pasar raya besar.

Cara penulisan buku ini ringkas serta mudah difahami dan amat sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan bagi pembaca yang amat meminati bidang pertanian.  Buku juga memaparkan 16 jenis tumbuhan popular yang sesuai ditanam di dalam pasu.

Umumnya, kita mengetahui bahawa kaedah penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam pasu bukan sesuatu yang baru. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh ditanam di dalam pasu antaranya limau, belimbing, mangga, ciku, duku dan jambu. Bab pertama membincangkan tentang asas dan kaedah penanaman, teknik-teknik penanaman dan penjagaan tanaman, pengawalan dan pencegahan  penyakit. Manakala, bab kedua pula memaparkan sejarah penanaman anggur serta cara-cara penyediaan dan penanaman anggur. Menurut penulis, sejarah penanaman buah anggur ini bermula sejak tahun 4000 SM di Timur Tengah.  Kini bukan sahaja ditanam di tanah Asia, malah juga menjadi salah satu pilihan yang popular di kalangan penanam-penanam tanaman dalam pasu.

Bab yang menarik dalam buku ini ialah bab 11 iaitu kedondong Bangkok. Menurut penulis, kedondong Bangkok ini berbeza dengan kedondong biasa kerana lebih rendah dari biasa, berbuah dengan cepat iaitu sekitar usia 3 bulan dan sentiasa berbuah tanpa mengikut musim. Kedondong Bangkok juga mempunyai rasa yang lemak manis dan isinya tebal. Secara keseluruhannya, buku ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan terutamanya kepada penggemar-penggemar tumbuhan hiasan dalam pasu. Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar berwarna, resipi-resipi di setiap bab dan panduan-panduan yang berguna.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, sila layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.  Bagaimanapun buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

 

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.