25 Tip Bisnes Internet

Penulis
Mohd Kamil Raja Rosli

Terbitan
Kajang, Selangor: Humaira Publication Sdn. Bhd., 2016. 189 Muka Surat

 

 

 Ulasan oleh Ketua Seksyen Perkhidmatan Pembaca, Perpustakaan Wilayah Tawau

Sistem perniagaan pada abad ini semakin canggih dan memerlukan kreativiti untuk melariskan produk jualan. Teknik yang berkesan memerlukan peniaga lebih peka terhadap kehendak pelanggan agar perniagaan dapat memberi keuntungan berganda dan melariskan produk yang diperkenalkan. Untuk memulakan sesebuah perniagaan, sudah tentu kos belanjawan akan menjadi isu yang sangat penting kerana memerlukan bentuk kewangan yang besar jika melibatkan kawasan perniagaan, kos upah dan kos penghasilan produk. Disebabkan ini, ramai peniaga yang baru memulakan perniagaan tersungkur di tengah jalan. Lantaran itu, penulis buku ini telah memperkenalkan 25 Tip Bisnes Internet untuk menjadi rujukan kepada peniaga terutamanya peniaga yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan bagi mengatasi masalah berkenaan membelenggu mereka.

Kecanggihan teknik perniagaan di zaman ini banyak dipengaruhi oleh sistem Internet yang menjadi media paling digemari oleh peniaga pada masa kini bagi melariskan produk mereka. Kaedah bisnes internet yang dikupas di dalam buku ini bukan sahaja menjadi panduan penting kepada peniaga baru, begitu juga peniaga yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan tetapi masih tidak mampu memberi pulangan yang menguntungkan dalam perniagaan mereka. Buku ini bukan sahaja boleh dikatakan sebagai 'penasihat kewangan' tetapi juga menjadi 'mentor' perancangan perniagaan yang efektif dan berkesan.

Buku ini mengupas berkenaan online marketer newbie yang baharu berjinak-jinak dalam dunia jualan melalui kaedah penggunaan internet. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.