Ayam Kampung:  Sukses Mengurus Industri Ternak

Penulis
Bambang Krista, Bagus Harianto

Terbitan
Kuala Lumpur: Synergy Media SDN. BHD.  171 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa Kg.Pasir Putih Tawau.

Buku ini memaparkan, secara terperinci dan jelas mengenai teknik perusahaan ayam kampung “Penelur” mahupun “pedaging”.   Dalam buku ini juga menjelaskan cara-cara membuat persiapan perusahaan, termasuk pemilihan anak ayam yang sesuai, penjagaan dan pemasaran. D

Ayam kampung mempunyai kelebihan tersendiri sebagai komoditi unggas yang terunggul, meskipun kebanyakan ayam yang berada di pasaran merupakan ayam daging.  Komoditi ayam kampung memiliki pasaran yang cukup besar, sama ada telur mahupun dagingnya. Rasa dagingnya lebih sedap dan lazat dibandingkan dengan ayam daging. Pasaran telur ayam kampung merupakan pasaran “Unik”, disebabkan telur ayam kampung diminati oleh pengusaha  jamu sebagai bahan campuran untuk meminum jamu.

Pasaran telur ayam kampung juga boleh digunakan dalam industri kosmetik dan ubatan. Kilang roti dan kuih juga banyak menggunakan telur ayam kampung sebagai salah satu bahan penghasil produk. Masyarakat juga sudah banyak yang beralih menggunakan telur ayam kampung disebabkan bau hanyirnya yang rendah serta mempunyai rasa yang sedap.

Menurut penulis, permintaan  telur dan daging ayam kampung dari tahun ketahun semakin meningkat di pasaran dan boleh dijadikan sumber penghasilan yang sangat lumayan.  

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.