Select your language

Burung Walet: Sukses Mengurus Industri Ternak

Penulis
Hary K. Nugroho

Terbitan
Kuala Lumpur, Synergy Media.
207 Muka Surat.

 

 Ulasan oleh Damisie Binti Langgiton, Perpustakaan Cawangan Nabawan

Walet merupakan sejenis burung pemakan serangga dengan kaki yang lemah dan susah bertenggek menggunakan kakinya. Tetapi walet memiliki otot dada yang kuat sehingga mampu terbang dengan jarak puluhan kilometer. Walet dewasa akan mencari makanan sendiri dengan menyambar serangga-serangga hidup. Secara morfologi, walet memiliki sepasang glandula salivales yang terletak di bawah lidah. Sepasang glandula salivales inilah yang akan memproduksi air liur untuk membuat sarang yang mempunyai nilai gizi tinggi dan sangat berkhasiat.

Semakin banyak makanan yang dimakan, maka kelenjar ini akan menghasilkan air liur yang banyak. Sarang yang dibuat oleh burung walet digunakan untuk menetap, berkembang biak, merawat dan membesarkan anaknya.

Perniagaan sarang walet merupakan suatu investasi yang memiliki prospek cukup cerah dan sangat menguntungkan. Menurut penulis, harga pasaran sarang burung walet yang sudah dibersihkan semakin meningkat.  Ini kerana kesedaran masyarakat tentang khasiat sarang walet secara tidak langsung menyebabkan permintaan sarang walet di seluruh dunia kian meningkat.

Buku bertajuk Burung Walet: Sukses Mengurus Industri Ternak ini bertujuan untuk berkongsi informasi dan menambah pengetahuan tentang pemeliharaan burung walet. Isi kandungan buku ini diperoleh daripada perkongsian dan pengalaman penternak-penternak burung walet di beberapa kawasan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca dan menulis itu bukanlah sekedar hobi, tapi kebutuhan."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.