Select your language

 Dril Olahraga Dan Rentas Desa

Penulis
Mohd Sofian Omar Fauzee, Rosemady Muhamad dan Zulkarnain Ali.

Terbitan
Shah Alam, Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd., 2009. 126 Muka Surat.

 

 Ulasan oleh Affandy Chong, Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tambunan

Buku bertajuk Dril Olahraga & Rentas Desa ini ditujukan khusus untuk guru-guru Pendidikan Jasmani kerana kandungannya meliputi kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah. Buku ini sangat penting bagi guru-guru kerana  terdapat pelbagai jenis dril permainan sukan bagi memastikan tahap kesukarannya yang boleh memberi cabaran kepada pelajar-pelajar. 

Berpengalaman sebagai seorang guru dan pensyarah Pendidikan Jasmani yang mengajar dan menyelia latihan mengajar pelajar-pelajar, penulis telah mendapati beberapa kelemahan guru-guru Pendidikan Jasmani iaitu kekurangan ‘idea’ untuk mempelbagaikan dril kemahiran dari yang senang kepada kemahiran yang susah dan lebih sukar.

Oleh itu, penulis telah mengkongsikan dalam buku ini tentang kaedah dril permainan sukan peringkat asas, pertengahan dan mahir agar dapat membantu gugu-guru memilih dril sukan yang sesuai mengikut keupayaan pelajar.   Beliau juga berharap dengan adanya buku ini maka dapat membantu guru-guru Pendidikan Jasmani untuk mempelbagaikan jenis aktiviti dril mengikut keupayaan dan kemahiran pelajar yang mana akan dapat membawa pembaharuan kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dalam pengajaran mereka dan suasana kelas akan lebih ceria dengan pelbagai dril yang telah disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.