A- A A+

Keahlian

1. Siapakah boleh menjadi ahli perpustakaan dan berapakah kadar bayarannya?
Keahlian adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warganegara asing yang mempunyai dokumen perjalanan sah selama 1 tahun.

*Kadar bayaran mengikut kategori adalah seperti berikut:

Umur

Kategori

Yuran

Tempoh

0 – 12

Kanak-kanak

Percuma

 

13 – 19

Remaja

Percuma

 

20 – 54

Dewasa

RM10

2 tahun

55 & ke atas

Warga Emas

Percuma

2 tahun

OKU

OKU

Percuma

5 tahun

Keluarga

F

RM30.00

2 tahun

Kad VIP

V

RM30.00

2 tahun

Warga Asing

W

RM50.00

1 tahun

Institusi

I

RM200.00

1 tahun

Seumur hidup

L

RM200.00

Sepanjang hayat


2. Apakah yang saya dapat buat dengan akaun keahlian perpustakaan saya?

Anda boleh menyemak akaun keahlian peribadi anda termasuk menyemak status keahlian, maklumat status transaksi akaun anda, tempahan bahan, rekod pinjaman serta buku-buku terkini. Sila layari laman ini untuk menyemak akaun anda.

3. Sekirannya kad keahlian hilang, apakah yang perlu dilakukan?
Pengguna perlu membuat laporan di kaunter perkhidmatan. Bayaran pemprosesan pengantian kad adalah RM5.00.

4. Bolehkah saya dapat kad percuma sekiranya kad saya hilang disebabkan kebakaran.
Kad boleh digantikan dengan percuma sekiranya pengguna mengemukakan laporan polis yang mengandungi kenyataan mengenai kehilangan atas sebab kecurian, kebakaran, kemalangan atau bencana alam.



Loans

1. Berapakah jumlah buku yang saya boleh pinjam?
Seorang ahli baharu boleh meminjam dua (2) naskhah bahan perpustakaan sahaja sementara ahli lama boleh meminjam 6 naskhah bahan perpustakaan.
Ahli juga boleh meminjam bahan e-sumber iaitu 10 naskhah buku melalui overdrive dan 6 bahan melalui E-lib.

2. Bolehkah pembaharuan pinjaman bahan dilakukan melalui panggilan telefon di kaunter perkhidmatan ATAU atas talian?
Boleh. Pengguna boleh membuat pembaharuan melalui telefon ke kaunter perkhidmatan. Walaubagaimanapun, hanya 1 pembaharuan melalui telefon boleh dilakukan.
Bagi pembaharuan atas talian, pengguna perlu mengakses webOPAC Perpustakaan negeri Sabah di laman ini.



Perkhidmatan

1. Bagaimanakah untuk mengakses WiFi?
Perkhidmatan WiFi adalah percuma untuk ahli Perpustakaan yang sah. Pengguna perlu memohon password daripada kaunter perkhidmatan Rujukan dan Maklumat untuk mengaksesnya.

2. Bagaimanakah hendak menggunakan bilik perbincangan di Perpustakaan Ibu Pejabat.
Bilik Perbincangan boleh ditempah di kaunter Rujukan dan Maklumat dan terhad kepada ahli perpustakaan yang sah sahaja. Maximum jumlah pengguna yang boleh menggunakan bilik tersebut adalah 8 orang.

3. Bagaimana mencari maklumat bahan/ buku melalui internet? Pengguna boleh mencari maklumat bahan/ buku dengan menggunakan terminal OPAC yang disediakan di dalam perpustakaan atau melalui internet. Untuk menggunakan WebOPAC:

  1. Layari Laman web Perpustakaan Negeri Sabah.
  2. Taip tajuk bahan di ruang “your search item”
  3. Klik kategori ‘ search type” ( Samada All category, Title, Author, Subject, Call Number, ISBN/ISSN)
  4. Klik “Find”

4. Bolehkah saya membuat pertanyaan rujukan dan maklumat secara atas talian?
Boleh. Pertanyaan rujukan dan maklumat boleh dibuat dengan mengakses ke laman web perpustakaan dengan mengisi borang Rujukan dan Maklumat di bawah Kategori Perkhidmatan.

5. Adakah buku Rujukan Umum, Koleksi Malaysiana, Koleksi Sejarah Tempatan, Undang-undang Malaysia dan terbitan kerajaan boleh dipinjam?
Tidak. Koleksi ini adalah untuk rujukan dalaman sahaja.

6. Apakah jenis perkhidmatan OKU yang terdapat di Perpustakaan?
Perkhidmatan OKU adalah seperti Pinjaman Berkelompok dan perkhidmatan ini termasuk bahan bacaan dalam bentuk braille .

7. Bagaimana sekiranya buku yang saya perlukan tidak terdapat di koleksi perpustakaan terdekat?
Buku-buku yang tidak terdapat di perpustakaan boleh di pinjaman melalui perkhidmatan PAP (Pinjaman Antara Perpustakaan). Sila berjumpa dengan kakitangan di meja rujukan.

8. Apakah lagi perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan secara atas talian?
Perkhidmatan lain yang boleh diakses secara atas talian ialah:

9. Adakah perpustakaan ibu pejabat dan wilayah dibuka pada hari Sabtu dan Ahad.
Ya. Sila rujuk masa pembukaan perpustakaan di laman web perpustakaan 

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.