Select your language

Gaya Hidup Sihat Mengatasi Asma

Penulis
Che’ Wan Aminud-din Hashim

Terbitan
Dewan Bahasa Dan Pustaka
115 muka surat

 

Ulasan oleh Nurul  Haswani Binti Yahya (Pelatih) PNSC Penampang

Penyakit asma lebih dikenali sebagai semput atau lelah adalah  merupakan sejenis penyakit paru-paru yang kronik.  Penyakit ini boleh menyebabkan saluran pernafasan seseorang menjadi radang, kemerahan serta sempit dan mengecil sehingga orang tersebut mengalami masalah sesak nafas.  Penyakit ini boleh terjadi pada semua peringkat umur dan telah meragut nyawa ramai orang termasuk kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Penulis buku ini merupakan seorang Doktor Pakar Perubatan Am dan Respiratori di Kota Baharu Medical Centre, Kota Bharu, Kelantan.  Beliau juga terlibat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan buku berkaitan dengan penyakit asma, kanser paru-paru dan penyakit penghalang pulmonari kronis.

Buku Gaya Hidup Sihat Mengatasi Asma diterbitkan untuk membolehkan masyarakat memahami tentang penyakit asma, simptom dan cara merawat.  Penulis berharap agar buku ini dapat menjadi rujukan yang bernilai bukan sahaja kepada pesakit dan keluarga, malah juga kepada masyarakat umum.

Pelbagai maklumat penting berkaitan dengan penyakit asma dimuatkan di buku ini,  termasuk hubung kait saluran pernafasan dengan asma dan punca-punca berlakunya asma.  Antara punca yang berlakunya asma adalah alergi, pemakanan dan persekitaran pekerjaan atau disebabkan oleh senaman.  

Dalam bab ketujuh hingga sepuluh, telah memuatkan bab mengenai penyakit asma di kalangan kanak-kanak, kaedah mendiagnosis dan rawatan.    Dengan itu, penghidap boleh memperoleh pengetahuan bagi membantu menilai dan membezakan  kawalan asma yang berbeza-beza.  Sekiranya asma tidak terkawal boleh menyebabkan kualiti hidup yang rendah dan meningkatkan risiko kematian.  Di samping itu,  pengamalan gaya hidup sihat untuk mengatasi dan mengawal penyakit ini amat penting di dalam kehidupan manusia bagi   menghasilkan  kestabilan minda dan fizikal.

Oleh yang demikian, untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.