Select your language

Adakah anda tahu sesiapa yang telah atau pernah membuat percubaan membunuh diri? Insiden membunuh diri seringkali tidak dapat dijangka, dan mungkin terjadi di kalangan anggota keluarga, kawan-kawan atau kenalan kita. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengumumkan bahawa 10 September adalah 'Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia'.

Kes bunuh diri semakin meningkat setiap tahun. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), "hampir 800 000 orang meninggal setiap tahun akibat bunuh diri dan ia merupakan penyebab kematian utama yang kedua di antara kanak-kanak berumur 15-29 tahun". Berdasarkan nombor kematian yang dilaporkan, ia menunjukkan bahawa lebih ramai orang yang mengambil nyawa mereka sendiri dan yang lebih membimbangkan ialah masih ramai yang membuat percubaan membunuh diri. Adalah difahamkan bahawa tragedi ini disebabkan oleh beberapa faktor; individu, perhubungan, komuniti dan faktor-faktor masyarakat.

Tema yang ditetapkan untuk tahun ini ialah 'Bekerja Bersama untuk Mencegah Bunuh Diri'. Orang yang berfikir untuk membunuh diri harus mendapatkan bantuan kerana selalunya mereka sudah putus asa dan berasa diri mereka tidak berharga.

Mereka harus diingatkan bahawa harapan dan bantuan sentiasa ada untuk mereka hidup bahagia. Satu tindakan mudah yang boleh diambil adalah dengan menyalakan lilin berhampiran dengan tingkap anda pada pukul 08.00 malam, 10 September 2019 untuk menunjukkan sokongan, mengingati kehilangan insan yang tersayang, dan juga untuk mangsa-mangsa yang telah selamat daripada cubaan membunuh diri.

Oleh itu, sempena dengan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada tahun ini, kami telah menyenaraikan beberapa buku yang berkaitan, dan ingin mengingatkan kepada semua bahawa hidup kita adalah sangat berharga.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca dapat menjaga hati dari kegelisahan dan memelihara waktu dari kesia-siaan."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.