Select your language

Jenis Penyakit Berbahaya

Penulis
Sailey Azizah

Terbitan
MDM Enterprise, 2014.  44 Muka Surat

 

Ulasan oleh  Wilma Abdul Jari, PNS cawangan LAHAD DATU

Penyakit berjangkit adalah penyakit yang mudah merebak daripada seseorang kepada seorang yang lain. Penyakit ini banyak jenisnya dan amat berbahaya kerana ia boleh mengancam keselamatan diri kita serta generasi bangsa kita.
Penyakit berjangkit wujud akibat daripada sikap manusia yang tidak prihatin mengenai kebersihan sama ada di kawasan sekolah, tempat tinggal atau jiran sekampung. Oleh itu, untuk menjaga kesihatan diri, kita memerlukan pengetahuan mengenai jenis-jenis penyakit yang berjangkit dan penyakit yang tidak berjangkit.
Buku bertajuk Jenis penyakit berbahaya ini dapat memberi panduan kepada kita cara-cara pengawalan penyakit tersebut supaya  kita terhindar daripada jangkitan penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.  Buku ini turut memaparkan senarai beberapa jenis penyakit yang mudah menjangkiti kita.  Turut dijelaskan secara ringkas mengenai penyakit-penyakit berbahaya di luar tubuh yang sentiasa menunggu peluang untuk meredah masuk ke dalam saluran darah, kemudian berumah di organ-organ tubuh kita. Selain itu, buku ini juga memberi panduan bagaimana kita boleh mengawal penyakit tersebut agar terhindar daripada jangkitan penyakit yang boleh membawa maut.
Buku ini ditulis untuk memberi pengetahuan kepada semua orang bagi mengenalpasti penyakit berjangkit yang paling bahaya yang berada di sekeliling kita tanpa disedari.  Penulis berharap buku ini dapat membantu kita untuk mengetahui bagaimana virus masuk ke dalam tubuh kita serta apa yang harus dilakukan apabila virus meracuni darah kita.  Buku ini turut dilengkapi dengan gambar-gambar sains kesihatan yang berwarna-warni bagi membantu kita mengenali jenis-jenis kuman dan bakteria sekali gus menambahkan pengetahuan kita mengenai hal kesihatan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.