Select your language

Kamus Penternakan: Pengeluaran Ternakan Dan Teknologi Hasil Ternakan

Penulis
Saidah Kamin, Siti Zubaidah Zainal Abidin

Terbitan
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2016. 153 muka surat.

 


 

Ulasan oleh Turly Tony, Latihan Industri, UiTM Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

Secara umumnya, penternakan ialah satu kegiatan penternakan yang membiak haiwan-haiwan ternakan. Kegiatan ini telah diamalkan sejak beribu-ribu tahun dahulu apabila anjing, kambing dan biri-biri berjaya dijinakkan. Kegunaan haiwan ternakan untuk sebagai sumber makanan dan kegunaan seharian dengan menggunakan kulit dan bulu untuk membuat baju atau sebagainya. Namun, pada masa kini, kegunaan haiwan ternakan bukan hanya itu sahaja malah dianggap sebagai nilai komoditi yang menguntungkan bagi sesebuah negara.

Buku yang bertajuk “Kamus Penternakan: Pengeluaran Ternakan dan Teknologi Hasil Ternakan” bertujuan sebagai panduan dan rujukan bagi para pembaca khususnya golongan siswazah tidak kira di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mengambil bidang pengkhususan seperti perubatan veterinar, baka dan genetik untuk memahami istilah yang berkaitan dengan penternakan haiwan ternakan.

Buku ini adalah kamus yang mengandungi istilah-istilah penternakan yang telah disusun oleh jawatankuasa-jawatankuasa penggubalan istilah khususnya istilah yang sesuai untuk kamus penternakan.

Istilah-istilah tersebut telah ditulis dan disusun mengikut abjad untuk menjimatkan masa para pembaca sekiranya mereka mencari-cari maksud istilah yang diperlukan dalam masa yang singkat. Istilah-istilah penternakan yang dilengkapi dengan maksud membantu para pembaca dalam memahami dengan lebih mendalam istilah yang berkenaan.

Istilah-istilah ini juga ditulis dengan menggunakan bahasa melayu, namun terjemahan ke bahasa Inggeris turut disediakan. Hal ini memudahkan para pembaca untuk mengenal pasti istilah ini sekiranya mereka menjumpai istilah-istilah penternakan di dalam buku yang berbahasa inggeris.

Penyampaian ayat di dalam buku ini juga boleh difahami dan tidak menggunakan ayat kiasan yang boleh membingungkan para pembaca. Ayat yang digunakan menyampaikan maksud secara terus kepada pembaca. Buku ini juga menyentuh secara komprehensif tentang penternakan haiwan dan ini dapat membantu para pembaca untuk lebih mengetahui mengenai ilmu penternakan sering bertambah sejajar dengan peredaran masa.

Secara keseluruhannya, buku ini sangat menarik untuk dibaca kerana struktur ayat yang ringkas dan padat menyebabkan para pembaca dapat memahami istilah-istilah yang telah dibentuk oleh jawatankuasa yang berkenaan.   

Buku ini boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan oleh sekolah-sekolah yang mempunyai subjek yang khusus untuk penternakan, pendedahan awal bidang penternakan ini kepada para pelajar menggalakkan mereka untuk menceburi bidang berkaitan ternakan haiwan kelak. Bukan sahaja dari segi pembelajaran, ilmu yang diperolehi oleh para pembaca daripada buku ini akan dapat dimanfatkan Oleh yang demikian, untuk mengetahui secara lanjut lagi mengenai buku ini, sila layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my  atau hubungi kami di talian 088-231623/ 214828/ 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Walau bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu. Sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.