Select your language

Kerjaya dalam Bidang Perhotelan

Penulis
Muhammad Shahrim Ab. Karim

Terbitan
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., 2007. 163  Muka Surat

 

Ulasan oleh Anitha Matthew, PNSC Papar

Perkembangan pesat industri perhotelan terutamanya di Negara kita Malaysia telah menjadikan masyarakat kita sinonim dengan perkataan seperti hotel, restoran, chef dan pastri. Oleh itu, buku bertajuk Kerjaya dalam Bidang Perhotelan ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan yang lebih luas terutamanya kepada generasi muda bagi membuka minda mereka agar tidak meminggirkan dan memandang rendah kerjaya yang melibatkan perhotelan ini.

Idea-idea padat telah dimasukkan kedalam setiap bab dalam buku ini yang bagi memudahkan dan membantu pembaca tentang apakah jenis kerjaya yang sesuai dengan mereka terutamanya yang melibatkan bidang perhotelan.   

Pada bab pengenalan buku ini menerangkan serba sedikit tentang perkembangan industri perhotelan yang terdapat di Negara kita dan seterusnya  kepada ciri utama tugas dalam perhotelan seperti personaliti yang baik, cara berkomunikasi dan pelbagai lagi.

Bidang perhotelan menawarkan pelbagai jenis kerjaya yang boleh dipilih oleh generasi muda masa kini antaranya seperti Eksekutif Housekeeper, Pengurus Front Office, Pengurus Pemasaran, Chef de partie, Demi Chef, Senior Sous Chef, Pramusaji Banquet, Bar Tender, Penyelia Bar, Kapten Restoran, Pengarah Kewangan, Pengarah Keselamatan dan pelbagai lagi kerjaya yang ditawarkan dalam bidang Perhotelan dan sememangnya tidak terhad kepada beberapa jenis pekerjaan sahaja.

Setiap jenis pekerjaan dalam bidang perhotelan yang terdapat dalam setiap tajuk di buku ini akan menerangkan secara lebih lanjut mengenai Skop kerja, tugas dan penghuraian kerja, kelayakan, penyeliaan dan perkembangan pekerja serta pelbagai lagi info padat yang boleh dijadikan pengetahuan umum kepada individu yang ingin menceburi bidang perhotelan ini.

Sekiranya terdapat individu yang berminat terutamanya golongan muda yang sedang mencari maklumat tentang kerjaya seperti dalam bidang perhotelan, boleh mendapatkan meminjam buku ini di Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melayari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.