Select your language

Kesihatan Keluarga

Penulis
Raihanah Abdullah

Terbitan
Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn. Bhd., 2004.  178 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Rosimah Binti Pimpin, Perpustakaan Desa Kg. Kuala Sapi, Beluran.

Sihat adalah perkataan yang berharga dan bernilai dalam kehidupan kita. Kesihatan yang baik tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.  Apabila sihat, sudah pasti kita berpeluang melakukan pelbagai kegiatan harian dengan sempurna, sekali gus menjadikan kehidupan kita lebih bermakna. Bagaimanapun, apabila kesihatan tidak mengizinkan, contohnya apabila dengan tiba-tiba kita disahkan menghidap penyakit berbahaya, sudah pasti jiwa tertekan memikirkan pelbagai kemungkinan yang tidak di undang.

Setiap individu memerlukan kesihatan yang baik bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan bermakna dan cemerlang. Sebagaimana lazimnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, langkah awal pencegahan dan memastikan penyakit tidak menjadi lebih serius, perlu diberi perhatian oleh setiap individu yang mementingkan kesejahteraan dan kesihatan yang baik.

Buku bertajuk ‘Kesihatan Keluarga’ mengandungi 40 artikel mengenai jenis penyakit yang biasa dialami berserta dengan kaedah rawatan dan pencegahan. Buku ini dapat membantu pembaca mengenali pelbagai jenis penyakit yang sering ditemui dan mungkin belum pernah didengar. Selain mengenali penyakit, pembaca juga di mendapat maklumat cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat melalui pemakanan seimbang serta pengetahuan berkenaan soal kecantikan. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat  kerana buku ini kaya dengan maklumat cara-cara penjagaan kesihatan yang sempurna bagi diri serta keluarga. Sila layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah untuk mengetahui tentang buku ini.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku dan pintu adalah hal yang sama. Kamu membukanya dan kamu pergi ke dunia lain."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.