Select your language

Khasiat & Manfaat Limau Nipis

Penulis
B Sarwono

Terbitan
Adaptasi:  Nazlah Saharin.  Kuala Lumpur: Synergy Media Books.  56 Muka Surat.

 

 Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Limau nipis rasanya sangat masam kerana ia memiliki asid sitrik yang tinggi tetapi mempunyai pelbagai kebaikan dan manfaat dalam kehidupan kita. Limau nipis bukan sahaja sesuai untuk kegunaan dalam masakan dan minuman, malah juga sebagai pokok hiasan dalam taman. Selain itu. limau nipis juga sangat berguna dalam bidang perubatan dan kecantikan serta sering digunakan untuk membersihkan bahan– bahan logam, kesan–kesan pada pakaian akibat seterika, kesan pada cawan, kesan karat dan lunturan pada baju, mencegah kesan lebam pada buah–buahan dan banyak lagi. Kegunaan limau nipis yang serba guna membantu memudahkan pelbagai kerja dan masalah yang kita hadapi. Buku berjudul 'Khasiat & Manfaat limau nipis' ini membantu kita mengenali jenis–jenis limau nipis serta kegunaannya.

Buku ini juga memaparkan cara–cara untuk penanaman dan penjagaan pokok limau nipis. Kaedah penyemaian, penjagaan dan pemangkasan dinyatakan dengan jelas bagi memudahkan pembaca memahami. Menurut penulis, pelbagai penyakit boleh dirawat dengan menggunakan limau nipis. Antaranya ialah radang kerongkong, batuk, demam, selesema dan reumatik. Selain itu, limau nipis juga sering digunakan dalam perawatan tangan dan kaki, perawatan kulit, menghindari kegemukan, menguatkan organ hati dan mengatasi masalah gigi kuning.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.