A- A A+

Khasiat Herba Jilid 1

Penulis
Norizan Hamid

Terbitan
Petaling Jaya, Selangor: Minda Didik Marketing  SDN. BHD., 2015. 44 Muka Surat.


 

Ulasan oleh Siti Rafiah Binti Rahban, Perpustakaan Wilayah Sandakan.

Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan juga baunya. Herba juga digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan serta kecantikan. Herba dalam konteks perubatan tradisional adalah merujuk kepada semua bahan biologi mahupun yang bukan biologi seperti garam, tanah liat dan sebagainya digunakan untuk merawat, menyembuh atau sebagai pelali, perangsang, sedatif, tonik dan lain-lain lagi.

Menurut penulis, terdapat pelbagai cara herba disediakan. Contohnya, jenis tumbuhan dan bahagian tumbuhan yang digunakan untuk merawat penyakit yang tertentu. Ada tumbuhan herba yang boleh dimakan dalam keadaan segar, ada juga tumbuhan yang perlu diramas serta ditumbuk lumat dan ditampal di pada bahagian tubuh yang bermasalah, ada tumbuhan herba yang hanya perlu digosok sahaja pada kulit dan  ada juga tumbuhan herba yang diambil akarnya untuk direbus dan diminum airnya untuk tujuan rawatan penyakit tertentu.

Adas Cina atau Anethum Gravelens adalah tumbuhan yang berasal dari kawasan Mediterranean Timur dan Afrika Utara.  Antara fungsi utama tumbuhan ini adalah sebagai antipasma, diuretik, untuk mengeluarkan angin, melawaskan haid, meningkatkan aktiviti otak dan tubuh, tonik perut dan juga meredakan bengkak. Selain itu, kajian sains juga menunjukkan bahawa buah adas cina boleh merencatkan pertubuhan bakteria dan memberi kesan spasmolitik yang mana ia boleh menghasilkan dermatitis. Ia berkesan terhadap penyakit Candida albicans, Corynebacterium dan lain-lain lagi.

Manakala, Baru Cina  atau Artemisia Vulgaris berasal dari kawasan Eropah Timur dan Asia Barat tetapi kini  banyak ditanam di beberapa buah negara termasuk di kawasan tropika. Tumbuhan ini merupakan sejenis tumbuhan herba atau renek yang mempunyai sedikit kayu di bahagian batangnya. Terdapat pelbagai khasiat yang terkandung di dalam baru cina seperti, daun tumbuhan ini sama ada dihancurkan atau jusnya diperah dan digosok pada bahagian yang bengkak, bisul, lebam dan lain-lain. Selain itu, baru cina juga dapat merangsang haid dan mampu membesarkan pembuluh darah dalam rahim. Namun begitu, tumbuhan ini tidak sesuai kepada wanita hamil dan yang menyusukan bayi.

Secara amnya, buku ini bertajuk Khasiat Herba ini banyak memperkenalkan kepada umum tentang fungsi dan kegunaan herba dalam kehidupan seharian kita sama ada dalam masakan ataupun perubatan. Buku ini mudah difahami melalui penyusunan bab yang teratur, penggunaan bahasa yang mudah serta sesuai di baca oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

 

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.