Select your language

Khasiat & Manfaat Bawang Putih: Raja Antibiotik Semulajadi

Penulis
Dra. Iyam Siti Syamsiah, Apt Tajudin, S. Si.  Adaptasi: Norsyam Badardin.

Terbitan
Dra. Iyam Siti Syamsiah, Apt Tajudin, S. Si.  Adaptasi: Norsyam Badardin. Kuala Lumpur: Synergy Media Books. 63 Muka Surat.

 

 Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu

Bawang putih sememangnya tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Secara umumnya, bawang putih dikenali sebagai penyedap rasa makanan yang popular.  Bawang putih sering digunakan dalam masakan  kerana apa yang diketahui oleh masyarakat, bawang putih memiliki khasiat perubatan tetapi hanya segelintir masyarakat yang mengamal dan mempergunakan manfaat bawang putih dalam kehidupan seharian. Bawang putih merupakan raja antibiotik semula jadi yang mampu mengubati pelbagai penyakit.  Dalam sejarah, bawang putih sudah digunakan dalam zaman Babilon dan Yunani. Pada masa itu, bawang putih digunakan untuk menyembuhkan sembelit. Dalam catatan Mesir Kuno pula, mereka percaya bawang putih dapat menghindarkan penyakit dan memberi daya tahan pada tubuh. Semasa perang dunia kedua, bawang putih dimakan oleh perajurit untuk memberi stamina dan kekebalan tubuh.

Buku bertajuk 'Khasiat & Manfaat Bawang Putih: Raja Antibiotik Semulajadi, ini memberi banyak informasi berguna yang boleh diamalkan oleh masyarakat. Kesihatan yang baik sangat penting dalam meneruskan kehidupan. Tidak kira, kita perlu menjaga hanya diri kita sendiri atau keluarga, kita perlu sentiasa sihat demi meneruskan kehidupan.  Buku ini dapat membuka minda dan menambah pengetahuan kita untuk kekal sihat dan bertenaga dalam kehidupan seharian. Empat bahagian penting dalam buku ini memberi informasi penting. Memgenali bawang putih, kandungan kimia dan manfaat bawang putih, ramuan daripada bawang putih untuk kesihatan dan pengalaman para pengguna bawang putih ditulis dalam buku ini supaya pembaca mendapat informasi yang berguna. Dalam buku ini disertakan dengan pelbagai pengetahuan mengenai ramuan – ramuan ubat dan aneka masakan yang menggunakan bawang putih. Ramuan – ramuan tersebut disertakan dengan bahan–bahan, cara untuk membuat ramuan tersebut dan cara untuk menggunakannya. Buku ini sangat bermanfaat sebagai panduan penting untuk menjadikan diri kita lebih sihat dan berkeyakinan dalam penjagaan kesihatan kita.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Tidak ada teman yang setia seperti bersama sebuah buku."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.