Select your language

Mengatasi Masalah Penghadaman dengan Jus Buah-Buahan

Adaptasi
Nuni Dalina Mohd. Jamaluddin

Terbitan
Petaling Jaya, Selangor: Minda Didik Marketing  SDN. BHD., 2015. 44 Muka Surat.


 

Ulasan oleh Sharifah Binti Arif, Seksyen Rujukan Dan Maklumat, Perpustakaan Wilayah Sandakan.

Sistem penghadaman adalah merupakan tunjang atau kunci kepada kesihatan.  Penghadaman yang baik membolehkan badan kita menyerap semua nutrien dengan lebih efektif dan sempurna. Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah penyakit atau gangguan sama ada akut atau kronik yang senantiasa boleh menganggu dan mengancam kestabilan sistem penghadaman kita. 

Sistem penceranaan kita terdiri daripada sekumpulan organ yang berfungsi sebagai pengurai komposisi kimia makanan. Proses ini merupakan proses yang panjang iaitu bermula daripada pengambilan makanan dari mulut kemudian disalurkan pula ke bahagian esofagus terus ke perut. Seterusnya akan melibatkan usus kecil dan usus besar. Makanan pula melalui beberapa tindak balas kimia sebelum dihadamkan.

Tenaga pula diperoleh daripada zat-zat yang diambil daripada makanan yang telah dihadamkan. Oleh yang demikian, langkah awal yang perlu diberi perhatian untuk menjaga sistem penghadaman adalah merupakan langkah yang sangat bijaksana. Antaranya ialah  dengan mengambil pemakanan yang seimbang melalui buah-buhan,  jus buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Buku bertajuk Mengatasi Masalah Penghadaman dengan Jus Buah-Buahan ini sangat berguna kepada semua lapisan dan peringkat umur terutama sekali kepada yang mengamalkan pemakanan sihat. Banyak panduan dan informasi yang berguna telah dikongsi dalam buku ini.

Untuk mendapatkan buku ini, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat, dengan melayari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca dan menulis itu bukanlah sekedar hobi, tapi kebutuhan."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.