Select your language

Menjadi Jutawan Dengan Penternakan Burung Walet

Penulis
Dr.Christopher Lim

Terbitan
True Wealth Sdn Bhd
121 muka surat

 

Ulasan oleh Mohd Hussien Bin Mohd Ali, PNSC Lahad Datu

Sejak beribu-ribu tahun, di seluruh dunia, sarang sejenis burung yang dikenali sebagai burung walet telah mendapat permintaan yang tinggi diseluruh dunia kerana manfaat kesihatan daripadanya. Walau bagaimanapun, burung-burung walet ini hanya terdapat di Asia Tenggara sahaja. Ini memberi peluang kepada pengusaha untuk menjana pendapatan lumayan melalui  rumah burung walet.  

Penulis merupakan seorang penternak burung walet termasyhur di Malaysia. Pengusaha-pengusaha ternakan sarang burung boleh mempelajari cara-cara dan rahsia-rahsia berharga yang telah kongsi oleh penulis untuk membantu anda untuk mencapai kejayaan.

Kepada sesiapa yang berminat menerokai bidang perusahaan burung walet, buku bertajuk  menjadi jutawan melalui penternakan burung walet ini adalah guru anda.  Buku ini dapat memberikan panduan kerana ia mengandungi pelbagai maklumat penting seperti cara-cara membina atau memulakan rumah walet, peralatan digunakan untuk  menarik burung walet ke rumah walet serta pelbagai maklumat lain yang perlu diketahui sebelum memulakan perusahaan penternakan burung walet.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, sila layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov atau hubungi talian 088-231623, 214828,  256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Bagaimanapun buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.