A- A A+

Menjejaki Jutawan Senyap

Penulis
Rusly Abdullah

Terbitan
Al-Ameen Serve Holdings, 2004. 304 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Dg Salwah Pg Abd Razak, Bahagian Hal Ehwal Korporat dan Penerbitan, Ibupejabat Perpustakaan Negeri Sabah

ANDA PATUT MENJADI KAYA. ANDA TIDAK BERHAK MENJADI MISKIN. HIDUP DI MALAYSIA TETAPI TIDAK KAYA ADALAH MALANG

Membaca kulit buku saja sudah cukup untuk anda terus mau membaca isi kandungan buku ini.

Dengan pendahuluan,   "Menjadi jutawan tidak terbilang dan tidak terpandang jauh lebih bererti berbanding menjadi jutawan terkenal dan sensasi” menjadi satu magnet untuk terus membaca buku  i ini.

Untuk menjadi jutawan kita tidak perlu memiliki perniagaan yang berjuta ringgit cukup dengan punyai jiwa yang cekal dan kuat , tidak malu dan sanggup berusaha.  Buku ini adalah merupakan sebuah buku dimana ianya mengajak kita untuk tidak leka melihat pada perniagaan yang besar sahaja.  Seorang pengusaha pasar malam juga mampu untuk hidup setaraf menteri tetapi tiada glamour, kuasa dan nama.   Mereka ini  ada yang buta huruf,  ada yang hanya bersekolah setakat darjah enam,  ada yang janda dan ibu tunggal.  Perniagaan yang mereka jalankan pula adalah daripada jenis perniagaan yang tidak ada class.

Dalam buku ini banyak yang boleh kita pelajari untuk menjadi seorang jutawan. Banyak contoh-contoh kejayaan mereka dari suri rumah, pelajar yang tercicir termasuklah pendatang Indonesia.   Dengan adanya usaha dan kegigihan dan jiwa yang besar mereka berjaya bergelar jutawn.

 Terdapat 30 orang yang mempunyai simpanan lebih RM10 juta setiap seorang. Pada a sama yang sama mereka punya simpanan yang mencecah jutaan ringgit. Membina  kejayaan dan kekayaan secara senyap.   Buku ini membuka minda kita untuk melihat dunia pada sudut yang berbeda.

Terdapat 12 bab yang semuanya mejurus kepada langkah kearah jutawan senyap dan juga perkara yang perlu dihindarkan oleh bakal jutawan senyap.  Merupakan satu buku motivasi yang sangat bagus dengan pendedahan langkah-langkah tealadan yang telah ditempuh oleh orang lain yang berjaya menjadi seorang JUTAWAN SENYAP. Amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masayarat terutama sekali yang ingin berjaya dan menjadi jutawan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623/ 214828/ 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Pilihan Staff

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.