Select your language

Menyusukan bayi: Mengatasi Halangan Mental dan Sosial

Penulis
Suriati Ghazali

Terbitan
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1998. 96 Muka Surat

 

Ulasan oleh Rosimah Binti Pimpin, Perpustakaan Desa Kg. Kuala Sapi, Beluran

Susu ibu adalah makanan pertama bayi yang paling baik. Air susu ibu tidak dapat ditiru oleh susu formula dari segi kandungannya kerana dibekalkan oleh sistem badan ibu melalui satu siri proses pertukaran dan pembentukan hormon sejak awal mengandung. Susu ibu mengandungi jumlah protein, lemak susu, kabohidrat, garam galian dan vitamin secukupnya untuk pertumbuhan manusia. Susu ibu juga membekalkan antibodi kepada bayi yang mampu melawan beberapa organisma iaitu virus dan bakteria.

Terdapat banyak kelebihan susu ibu yang dapat diperoleh oleh bayi berbanding dengan susu formula. Antaranya ialah mudah hadamkan oleh bayi, kaya dengan  khasiat dan sangat baik untuk perkembangan gigi dan rahang bayi. Bagi si ibu pula, menyusukan bayi dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak di samping dapat mengelakkan risiko kanser payudara, menjarakkan kehamilan dan dipercayai dapat merampingkan tubuh.

Walaubagaimanapun, menyusukan bayi dengan susu ibu pada masa kini tidak lagi dianggap sebagai satu kerja mudah atau satu fenomena  biasa. Sikap dan budaya hidup yang berubah turut mengubah pandangan masyarakat, khususnya wanita, terhadap penyusuan susu ibu. Ianya dianggap rumit dan tidak praktikal terutama kepada wanita yang bekerja. Ramai wanita memberhentikan penyusuan semasa masih dalam tempoh pantang dan menggantikan susu formula kepada bayi mereka kerana ianya dianggap mudah dan lebih berkhasiat berbanding susu ibu.

Pelbagai halangan mental dan sosial di kalangan ibu untuk terus menyusukan bayi mereka. Halangan-halangan ini berasal dari dalam diri sendiri dan  persekitaran sosial mereka. Tekanan-tekanan mental dan sosial ini begitu besar kesannya sehingga boleh menyebabkan seseorang ibu membatalkan hasratnya utnuk terus menyusukan bayi.

Buku ini sangat sesuai dibaca khususnya kepada para ibu kerana ia dapat membantu memecahkan halangan mental dan sosial yang dihadapi supaya mereka lebih percaya dan lebih yakin terhadap kerja menyusui bayi dengan susu sendiri.  Pengetahuan, kepercayaan dan ketetapan hati seorang ibu dalam penyusuan bayi amat penting dalam menentukan berhasilnya kerja penyusuan bayi.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.