A- A A+
", ""], slideBy: 1, rtl:false, autoplay: true, autoplayTimeout: 500, autoplayHoverPause: true, smartSpeed: 500, navSpeed: 1000, dotsSpeed: 1000, responsive: { 0: { items: 1 }, 768: { items: 5 }, 991: { items: 6 }, 1024: { items: 6 }, 1280: { items: 6 } } }); }); Koleksi eBook Kami  ">


Hari Diabetes Sedunia adalah 14 November. Diabetes adalah penyakit dimana tahap glukosa yang tinggi disebabkan oleh penurunan penghasilan atau penurunan kepekaan kepada insulin. Antara gejala yang biasa dihadapi oleh pesakit ialah keletihan, kelesuan dan kerap lapar. Ini berlaku apabila glukosa tidak dapat diserap oleh sel-sel darah. Menggeletar, gelisah atau bimbang, pening dan sukar memberi tumpuan dan penglihatan yang kabur adalah beberapa gejala lain yang dihadapi oleh pesakit diabetes. Jika masalah ini tidak ditangani lebih awal, penyakit ini akan menyebabkan kesan jangka panjang dan menyebabkan penyakit yang lebih kronik seperti kebutaan, kegagalan buah pinggang, penyakit jantung dan strok. Diabetes dikenali sebagai pembunuh senyap dimana kebanyakan orang tidak menyedarinya.

“Keluarga Dan Diabetes” telah dipilih sebagai tema untuk tahun 2018 dan 2019. Sokongan dari ahli keluarga adalah penting untuk seseorang yang menghidap penyakit diabetes. Penyakit ini boleh memberi kesan kepada semua ahli keluarga. Dari itu, semua ahli keluarga harus memberi sokongan sepenuhnya kepada pesakit. Sokongan dari ahli keluarga akan memberi kesan yang besar kepada seseorang untuk beransur pulih. Adalah sangat penting untuk pesakit dan ahli keluarga untuk mendapat akses kepada maklumat dan bantuan mengenai penyakit ini.

Berikut adalah senarai beberapa tajuk mengenai diabetes yang terdapat di perpustakaan untuk bacaan anda.

Koleksi Buku Kami 

Koleksi eBook Kami 

Arkib

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.