Select your language

Ini mungkin satu topik yang tidak menyenangkan bagi sesetengah orang, tetapi kita perlu menangani masalah ini kerana ia melibatkan kita sekiranya kita mempunyai cara hidup yang selamat dan sihat. Ia adalah mengenai tandas dan betapa pentingnya kemudahan ini untuk semua. Begitu penting sehingga Perhimpunan Agung PBB mengisytiharkan Hari Tandas Sedunia sebagai hari PBB rasmi pada tahun 2013.

Hari Tandas Sedunia disambut pada 19 November setiap tahun untuk membawa kesedaran dan perubahan tingkah laku, dan meningkatkan akses kepada sanitasi yang sesuai di kawasan luar bandar. Ini juga adalah untuk memberi kesedaran untuk menghindari dari pembuangan air terbuka, yang boleh membahayakan kesihatan awam.

Tema untuk Hari Tandas Sedunia pada tahun ini ialah "When Nature Calls". Apabila terdesa, kita harus mempunyai tandas. Tetapi, berbilion-bilion orang tidak memilikinya. Ini bermakna najis manusia, tidak dilupuskan dengan betul dan mencemari air dan tanah. Pelupusan buangan manusia yang tidak betul menjadikan alam sekitar kita satu pembetung terbuka. Oleh itu adalah menjadi keperluan untuk membina tandas dan sistem sanitasi yang berfungsi selaras dengan ekosistem. "

Pada Hari Tandas Sedunia ini, marilah kita sedar akan keperluan asas kita untuk tandas yang bersih dan sanitasi yang bersesuaian.

  1. Hari Tandas Sedunia United Nations, 19 November
  2. "WHEN NATURE CALLS" Tema Hari Tandas Sedunia 2018

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.