Sukacita dimaklumkan bahawa laman web baharu kami kini sudah boleh dilayari! Laman ini telah direka untuk memberikan anda pengalaman pengguna yang lebih baik.
Berikut adalah beberapa ciri yang ingin kami tonjolkan:
  1. Lebih mudah digunakan di seluruh desktop, peranti mudah alih dan tablet.
  2. Anda kini boleh terus memasukkan carian seterusnya mencari bahan yang dikehendaki di laman Web OPAC melalui halaman utama laman rasmi.
  3. Lihat semua acara Perpustakaan Negeri Sabah yang berlaku dan dirancang di seluruh negeri dan juga cuti umum dalam halaman Kalendar kami.
  4. Lihat halaman Koleksi eSumber kami, di mana anda boleh memilih dan mencari pelbagai jenis bahan eSumber
  5. Lihat seksyen koleksi terbaharu kami yang merangkumi buku fizikal, sumber, majalah dan koleksi penyerahsimpanan negeri kami di halaman Utama.
  6. Lihat mengenai Sistem Live Chat kami yang baharu 'Ask a Librarian'! Ada sebarang soalan atau cadangan? Anda kini boleh berhubung dengan kami dengan mudah dengan berbual dengan pustakawan rujukan kami.
Pelancaran ini adalah di peringkat awal, dan kerja penambahbaikan dan pembangunan laman web akan sentiasa dilaksanakan.
Kami berharap agar anda menikmati rupa baru Laman Web Rasmi Perpustakaan Negeri Sabah dengan memberi pendapat anda melalui Borang Maklum Balas.
Sila kongsi berita mengenai laman web kami yang baharu!