A- A A+

Kini sudah lebih seminggu kita telah membuka Perkhidmatan perpustakaan di Tanjung Aru.  Sambutan  yang diterima dari masyarakat amat luar biasa.  Setakat ini seramai 39,355 pengunjung telah melawat Perpustakaan, 5105 menjadi ahli dan sebanyak 4554 buah buku telah dipinjam.

Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda semua.

Walaubagaimanapun kami merasa sedih apabila melihat vandlisme dilakukan di perpustakaan kanak-kanak.  Apabila perkara ini berlaku ada di antara anda yang bertanya: mana kakitangan Perpustakaan?  Persoalannya  di sini ini ialah mana peranan kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab? Kami memerlukan pertolongan anda untuk menegur mana yang dilihat tidak baik. Dengan adanya kerjasama seperti ini sudah pasti kita akan dapat memelihara semua kemudahan yang disediakan.

Kesedaran sivik juga perlu diajar dari rumah.  Ibu bapa berperanan untuk mengajar anak-anak untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan menghargai serta menghormati hartabenda awam.  

Perpustakaan  kanak-kanak yang telah ditutup untuk pembaikan dan telah dibuka semula pada 11 April 2019.

Apabila anda mengunjungi perpustakaan , kami mohon agar anda lebih bertanggungjawab, lebih menghargai dan menghormati ….…perpustakaan adalah tempat untuk kita semua.

Wong Vui Yin
Pengarah
Perpustakaan Negeri Sabah

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.