A- A A+
", ""], slideBy: 1, rtl:false, autoplay: false, autoplayTimeout: 1200, autoplayHoverPause: true, smartSpeed: 500, navSpeed: 3000, dotsSpeed: 3000, responsive: { 0: { items: 2 }, 768: { items: 4 }, 991: { items: 5 }, 1024: { items: 6 }, 1280: { items: 6 } } }); }); ">

 

Kenali Kathirina Susanna Tati

Tempat Lahir : Kota Kinabalu, Sabah
Buku yang ditulis : Pagi di Hujung Senja, Tangis Buliga, The Onset of Love, Antologi Cerpen Tangon, Mendung Berarak, Perempuan:Cinta dan Maruah, Nafas Bumi, Kelarai, Vusak Putih, Mahligai Pasir, Puteri Molig, Topi Jelita

 


 

Tentang Pengarang

Mula meminati bidang penulisan sejak dari bangku sekolah dan kini merupakan penulis yang menyerlah dalam arena kesusasteraan tanahair. Karyanya pernah diterbitkan oleh ITBM dan DBP selain tersiar dalam khabar tempatan. Beliau pernah mendapat anugerah Hadiah Sastera Sabah pada 1996/1997 dan mendapat naib johan dalam Pertandingan Menulis Novel anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah pada tahun 2012 melalui novelnya yang berjudul “Vusak Putih”. Selain itu, cerpen beliau bertajuk “Bubuk” terpilih memenangi Pertandingan Menulis Cerpen anjuran Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), BAHASA dan New Sabah Times pada tahun 2014. Cerpennya berjudul “Tangis Buliga” juga telah terpilih dalam antologi cerpen Malaysia-Taiwan dan puisi “Pelangiku” terpilih dalam antologi puisi Malaysia-Chennai. Sebagai seorang penulis Sabah, Kathirina cuba mengetengahkan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Sabah dalam karya-karyanya.


 

Buku-buku oleh Kathirina Sussana Tati

Pengarang Tempatan Kami

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.