A- A A+
", ""], slideBy: 1, rtl:false, autoplay: false, autoplayTimeout: 1200, autoplayHoverPause: true, smartSpeed: 500, navSpeed: 3000, dotsSpeed: 3000, responsive: { 0: { items: 2 }, 768: { items: 4 }, 991: { items: 5 }, 1024: { items: 6 }, 1280: { items: 6 } } }); }); ">

Kenali Marmoh Kasman

Asal/ Tempat lahir: Kota Marudu, Sabah

Tentang Marmoh Kasman

Marmoh Kasman menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandau, Sabah (1966-1971), sebelum menyambung pendidikan menengah di Government Secondary School, Bandau, Sabah (1972-1975). 

Beliau memasuki Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur dan lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian dalam  tahun 1986 serta Diploma Pendidikan  pada tahun 1987.  Beliau berkhidmat sebagai guru siswazah sejak tahun 1987 di beberapa buah sekolah menengah di Sabah. Kini, beliau bertugas sebagai pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu II, Sabah.

Beliau melibatkan diri dalam arena penulisan puisi dan cerpen sejak tahun 1993. Karya-karyanya diterbitkan di pelbagai media massa di Malaysia seperti Wadah, Jendela Sabah, Borneo Mail, Utusan Borneo, New Sabah Times, Daily Express dan Berita Minggu.  Karyanya juga pernah tersiar di majalah Bahana, Brunei Darussalam.

Beliau telah menghasilkan sebuah buku kumpulan cerpen berjudul Lingkaran Takdir terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pada tahun 2012. Seterusnya, beliau telah menghasilkan dua buah buku kumpulan puisi yang masing-masing berjudul Jernih Diri terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Kuala Lumpur tahun 2015, dan Sejambak Munajat juga terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia tahun 2019.

Beliau pernah menerima beberapa anugerah sastera, antaranya ialah:-

  1. Pemenang Hadiah Sastera Sabah bagi tahun 1996/1997.
  2. Pemenang Hadiah Sastera Sabah bagi tahun 2014/2015.

iii.Pemenang Hadiah Sastera Sabah bagi tahun 2016/2017.

Beliau adalah seorang ahli Badan Bahasa dan Sastera Sabah dan ahli Persatuan Penulis Nasional (PENA).  Beliau telah dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K) oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah pada tahun 2018.

 


 

Buku-buku oleh Marmoh Kasman

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.