Select your language

Pembentukan Dan Peningkatan Kualiti Guru

Penulis
Yahya Don, Azizah Sarkowi Dan Yakood Daud

Terbitan
Universiti Utara Malaysia
118 muka surat

 

Ulasan oleh Salina Binti Titi, PNS WIL Sandakan

Buku 'Pembentukan Dan Peningkatan Kualiti Guru Di Malaysia' ini merupakan satu agenda transformasi pendidikan negara yang menerapkan pembentukan dan peningkatan kualiti guru menjelang abad 2020 yang mana, guru adalah antara tunggak utama dalam melahirkan modal insan berkualiti yang diutamakan oleh Kerajaan dalam mendukung pelan pembangunan pendidikan di abad 2013 dan 2025. Guru perkhidmatan adalah bakal golongan pendidikan yang dibentuk melalui aspek kepimpinan dan kredibiliti profesion keguruan ke arah meningkatkan kualiti guru-guru di Malaysia.

Buku ini mempunyai elemen-elemen seperti 'Transformasi Pendidikan Negara Memartabatkan Profesion Keguruan' yang direalisasikan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak. Selain daripada itu, penekanan terhadap kualiti guru-guru di Malaysia kerana hasil kajian telah memperlihatkan kompetensi, profesional dan kredibiliti yang tinggi demi mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, faktor pembentukan kualiti guru haruslah diambil kira dengan pengukuhan pencapaian tahap guru-guru diperlukan dan dipertingkatkan melalui tahap kepujian kelulusan untuk melayakkan diri menceburi bidang perguruan.

Ciri-ciri guru yang berkualiti ialah seorang yang bertindak sebagai penyebar ilmu dirujuk daripada “RAGBIR KAUR (2007)” bertindak sebagai 'role model' yang bertindak sebagai pengamal kemahiran profesional, penekanan terhadap perlaksanaan pengajaran dan penilaian terhadap pengajaran tersebut konklusinya, pembentukan keceriaan dalam bilik darjah dan persekitaran yang penting dalam melahirkan satu rasa ketenangan terhadap pembelajaran dan mampu menghasilkan impak positif sekaligus membawa impak kualiti dalam keputusan pembelajaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, sila layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov atau hubungi talian 088-231623, 214828,  256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Bagaimanapun buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.