Select your language

Penderaan Seksual Kanak-kanak

Penulis
Rosanida Anang, Norhayati Ibrahim, Fatimah Yusooff dan Nor Ba’yah Abdul Kadir

Terbitan
Univeristi kebangsaan Malaysia
162 muka surat

 

Ulasan oleh Abdul Halim Miun, PNS HQ

"I came by this book purely by accident. In my effort to read at least two books a month (glad to say, I am doing better than 2), I was searching under the horror section of SSL Overdrive for a book to help me sleep. Read the summary and it looked very promising. And boy, it was a nail-biting, adrenaline pumping experience from beginning to end; one that left me very satisfied and wanting for more. Endurance is the second book in the Konrath Horror Collective. Jack Kilborn is the pen name of JA Konrath."

"The book is about a B & B tucked away deep in the hills of West Virginia. It’s creepy at the get go. It picks up pace and never slows down. It is a mix of movies you might have seen; The Wrong Turn, The Hills have Eyes, Texas Chainsaw Massacre etc. Anyway, without giving away too much of the story, people with a certain blood type get sent to this B & B which is run by a psycho woman and her misshapen and mentally retarded mutant offspring. Whoever checks in to the hotel will never check out. And the things this owner and her broods do to the guests are way beyond horrifying. So, if you are faint-of-heart or averse to gory detailed descriptions of torture, then this book may not be for you. It has a happy ending though, as our heroes and a dog, managed to outsmart Mrs. Psycho and her retarded bunch. Read this book, I dare you. With the lights on, of course."

Penderaan seksual kanak-kanak bukanlah satu perkara yang baru, malah berlaku pada peringkat global. Berdasarkan kajian, kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang paling mudah terdedah kepada jenayah ini kerana keadaan mereka yang lemah, memerlukan bimbingan dan bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa.

Permasalahan penderaan seksual ke atas kanak-kanak ini mula dianggap sebagai satu wabak, kerana berdasarkan kepada jumlah rekod kes yang dikumpul oleh pihak berkenaan jelas menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Meski pun masalah ini sudah berdekad namun demikian, kefahaman terhadap impak serta kesan psikologikal yang dialami mangsa sehingga menjejaskan kehidupan serta kesihatan mental masih tidak dapat difahami dan dibongkar secara jelas.

Secara ringkasnya, penemuan yang sedia ada tidak dapat memberikan gambaran jelas kepada para profesional kesihatan mental bagi menangani kes ini dengan lebih sempurna dan berkesan terutama dalam usaha untuk merangka rawatan yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa.

Selain daripada itu, terdapat juga kebuntuhan dalam merungkai permasalahan berkaitan dengan corak simptom trauma yang dialami oleh mangsa, sama ada dari segi intrakeluarga dan juga ekstrakeluarga yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka untuk jangka masa yang panjang.

Justeru itu, penulis cuba memberikan kupasan khusus kepada isu penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan hubungkaitnya dengan implikasi traumatik yang boleh menjejaskan kehidupan mangsa untuk berkembang. Selain daripada itu, ia juga turut menghurai kesan-kesan yang di alami oleh mangsa  sama ada dari segi  fizikal, mental atau emosi.

Skop penulisan buku ini adalah berkisar kepada aspek psikologikal berdasarkan pada kes sebenar yang terjadi di dalam negara kita. Buku ini juga menyentuh pertalian antara mangsa-penderaan serta jenis simptom trauma yang dialami disamping menentukan faktor-faktor yang menyumbang kepada implikasi psikologi.

Buku penderaan seksual kanak-kanak ini mengetengahkan sembilan bab utama yang menyentuh isu-isu yang berkaitan dan seringkali dilaporkan berlaku. Setiap maklumat dan fakta telah diulas dengan jelas bagi memudahkan para pembaca memahaminya.

Buku ini juga dihasilkan atas kesedaran penulis untuk berkongsi hasil kajiannya kepada masyarakat umum dan juga kepada pihak-pihak berkenaan dalam usaha untuk memahami masalah ini dalam konteks tempatan.

Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah penderaan seksual kanak-kanak, trauma mangsa penderaan seksual, peluahan mangsa penderaan seksual, sokongan sosial mangsa penderaan seksual, teori penderaan seksual, kesan penderaan seksual kepada mangsa, penderaan seksual di Malaysia, kes penderaan seksual di Malaysia dan kesedaran tentang penderaan seksual kanak-kanak

Dalam buku ini penulis juga turut membicarakan kesan dan impak dari segi sosial dan kehidupan para mangsa penderaan. Sehubungan dengan itu, penulis mencadangkan agar semua pihak memberikan sokongan moral kepada kanak-kanak dan remaja yang telah menjadi mangsa jenayah.

Selain daripada itu, penulis juga turut berkongsi maklumat berkaitan dengan kajian kes dan kajian deskriptif serta beberapa cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak  berwajib dalam menangani, membendung atau membantu mangsa penderaan seksual kanak-kanak demi membolehkan mereka menjalani satu kehidupan yang lebih berkualiti dan produktif.

Konsep penulisan buku ini adalah ringkas dan sesuai dijadikan bahan bacaan di masa lapang serta sumber rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut masalah ini. Terdapat juga jadual dan rajah serta rujukan yang diguna pakai oleh para penulis. Secara keseluruhannya, para penulis telah berjaya dalam misi penulisannya.

Sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623, 214828, 218726, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini. Oleh kerana buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke Perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan Perpustakaan yang terdekat untuk tempahan.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.