Select your language

Penderaan Seksual Kanak-Kanak

Penulis
Rosanida Anang, Fatimah Yusoof dan Nor Ba'yah Abdul Kadir

Terbitan
Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2015. 162 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Abdul Mutalib bin Titi, Perpustakaan Desa Kg. Dengan Tungku, Lahad Datu.

Penderaan seksual kanak-kanak bukan satu fenomena baharu, malah berlaku pada peringkat global. Kanak-kanak dan remaja adalah golongan yang paling mudah terdedah kepada jenayah seksual kerana mereka adalah golongan yang lemah, memerlukan bimbingan serta bergantung sepenuhnya kepada orang yang lebih dewasa. Masalah penderaan seksual kanak-kanak juga dianggap sebagai satu epidemik dan setiap kanak-kanak serta remaja berisiko untuk berhadapan dengan masalah tersebut. Berdasarkan jumlah kajian yang amat terhad oleh pengkaji tempatan,

Kefahaman terhadap impak psiko logikal yang dialami mangsa sehingga menjejaskan kehidupan serta kesihatan mental tidak dapat difahami dengan jelas dan agak terbatas. Secara tidak langsung, ia tidak dapat memberikan gambaran kepada para profesional kesihatan mental khususnya bagi menangani kes ini dengan lebih sempurna dan berkesan terutama dalam usaha untuk merangka rawatan yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa. Justeru, buku ini mengupas beberapa aspek psikologi untuk mengenal pasti corak simptom trauma yang dialami mangsa penderaan seksual kanak-kanak keluarga yang baik dan keluarga yang bermasalah yang mempengaruhi kehidupan mereka untuk jangka masa panjang. Buku ini juga mengupas perkaitan antara pertalian mangsa pendera dengan simptom trauma di samping menentukan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada implikasi psikologi yang dialami mangsa.

Buku bertajuk Penderaan Seksual Kanak-Kanak sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama pelajar-pelajar yang ingin mengambil tajuk di atas sebagai bahan rujukan mereka. Buku ini juga dapat memberi pengetahuan dan pengajaran. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya,  sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi 088-231623/214828/256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.