Select your language

LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES / JOM BACA UNTUK 10 MINIT

2017

Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM)

_____________________________________________________________________________________

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/

LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES

Sempena

HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA 2017

 

Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT/LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES merupakan satu INISIATIF MEMBACA di bawah kelolaan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia dengan konsep Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit. Ia juga sebagai sokongan daripada perpustakaan awam negeri bersama-sama kerajaan meningkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat.

 

Bagi pelaksanaan peringkat negeri Sabah, program ini akan dianjurkan oleh Perpustakaan Negeri Sabah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi MARA, Institut Pendidikan Guru, Politeknik Kota Kinabalu, Institut Aminuddin Baki, Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens dan juga agensi-agensi kerajaan negeri. 

 

Program ini akan dilancarkan di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Kudat pada 28 REJAB 1438H bersamaan 25 APRIL 2017 (SELASA) selama 10 MINIT dari jam 11.00 PAGI hingga 11.10 PAGI secara serentak di seluruh Malaysia.

 

Bagi mengukur impak pelaksanaan secara kuantitatif, jumlah penyertaan dan pendaftaran nama peserta dari setiap jabatan/perpustakaan/IPTA/IPTS/ dan juga sekolah perlu dikemukakan dalam Borang Pendaftaran Penyertaan Program Jom Baca 2017 dan dikembalikan kepada urusetia penganjur sebelum tarikh tutup yang telah ditetapkan.

 

Untuk Mendapatkan Borang Pendaftaran : Klik Link Ini

https://docs.google.com/document/d/1qHHk84CM9wRtGIc7muXsV1LpB84ldd0mtp50BPG2yUY/edit?usp=sharing

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.