Select your language

Pengurusan Imej

Penulis
Chek Mat

Terbitan
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2007. 170 Muka Surat.

 

Ulasan oleh ROSIMAH BINTI PIMPIN, PERPUSTAKAAN DESA KG.KUALA SAPI, BELURAN.

Imej sesebuah negara, pemimpin, organisasi dan masyarakat keseluruhannya sering dipamerkan dalam pelbagai bentuk menerusi media cetak dan media elektronik. Media cetak secara relatifnya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran rakyat. Ia bukan saja membawa tanggapan pertama tetapi juga mendorong, mengajak dan mengambil bahagian dalam sesuatu kegiatan kemasyarakatan. Usaha-usaha dalam menampilkan imej ini memerlukan komitmen berterusan dan kos pengurusan yang maksimum. Oleh sebab itu, pengurusan imej dalam pengurusan moden tidak lagi berada di pinggiran, malah dianggap sebagai nyawa organisasi.

Kejayaan atau kegagalan sesebuah negara, pemimpin dan organisasi juga banyak bergantung kepada kemahiran pengurusan imej. Kemahiran ini dapat dikategorikan sebagai kemahiran kemanusiaan yang memerlukan kepakaran, ilmu, latihan dan pengalaman luas bagi meninggikan lagi kualiti diri dan organisasi. Oleh sebab itu keperluan untuk menguasai kemahiran pengurusan imej ini begitu mendesak bagi meneruskan kesinambungan kerjaya dan kecemerlangan organisasi.

Beberapa perubahan dalam organisasi juga perlu dilakukan bagi membina imej. Bermula daripada memperkemaskan pengurusan emosi dan tingkah laku sehinggalah menuju ke arah kekuatan pemikiran seluruh anggota organisasi. Kekuatan dalaman dan luaran diperlukan bagi menangani sesuatu isu dan permasalahan yang menggugat imej organisasi.

Buku bertajuk Pengurusan Imej ini dibahagikan kepada empat bab yang menghuraikan tentang kepentingan dan amalan pengurusan imej dalam organisasi dan pembangunan kendiri. Buku ini juga bersifat praktikal kerana dimuatkan latihan penilaian, ketrampilan dan modul Penerapan Imej Kendiri dan Organisasi yang mana boleh digunakan atau dirujuk oleh para pengurus, pemimpin, kauselor, guru, pegawai latihan dan pelajar khususnya yang mengikuti kursus bimbingan kaunseling, sumber manusia serta pengurusan perniagaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.