Select your language

Penyakit Kulit Kanak-Kanak

Penulis
Wan Ghazali Wan Mohamed

Terbitan
Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka, 2002. 181 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Jokiah Gandili, Perpustakaan Desa Pekan Nabalu.

Kulit merupakan organ terbesar di tubuh kita dan merupakan struktur yang hidup serta memainkan peranan yang penting dalam fasiologi dalaman tubuh. Fungsi kulit amat luas tetapi yang paling penting kulit memberi perlindungan terhadap kecederaan fizikal dan efeksi tubuh dan pada masa yang sama, kulit mengawal kehilangan haba dan bendalir dari tubuh.  Pada masa kulit dalam keadaan normal, kita tidak merasa berlakunya fungsi–fungsi kulit ini tetapi apabila kita menghidapi penyakit kulit yang boleh merosakkan keintegrasian kulit dan menyebabkan kulit menjadi pecah dan punah, masa inilah fungsi–fungsi ini akan memberi kesan yang berlipat ganda. Struktur kulit orang dewasa dengan struktur kulit bayi tidak banyak  perbezaan. Perbezaannya hanyalah pada komposisi lapisan dermis. Oleh kerana permukaan kulit bayi luas berbanding dengan isipadu tubuh, kehilangan haba tubuh dan bendalir dari tubuh melalui permukaan kulit mudah berlaku sekiranya bayi mengidap radang kulit yang serius. Hal ini akan membahayakan bayi dan boleh menyebabkan kematian.

Penulis buku Penyakit Kulit Kanak-Kanak ini berpengalaman luas dalam bidang dermatologi. Melalui buku ini, beliau membincangkan penyakit-penyakit kulit yang dihidapi oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Semua garis panduan dan nasihat yang dipaparkan dalam buku ini amat bermanfaat terutama sekali kepada setiap ibu bapa.

Buku ini juga membincangkan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang antaranya seperti bakteria Impetigo, Ektima, Selulitis dan Limfangitis Akut, penyakit kulit yang disebabkan oleh virus, kulat, yis atau ragi, hama atau parasit atau cacing, penyakit kulit yang diakibatkan oleh reaksi bahan luar seperti dermatitis lampin, penyakit yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan kelenjar ekrin, penyakit kulit berkeruping dan penyakit ekzema. Panduan umum penjagaan dan perawatan kulit bayi dan kanak-kanak dalam aspek pakaian, pencucian, emolien dan pelindung sinaran matahari juga dibincangkan untuk memastikan bayi dan kanak-kanak tidak mudah terdedah kepada penyakit-penyakit ini. Keadaan iklim negara kita yang sentiasa panas dan lembab memainkan peranan penting mempercepatkan pembiakan organisma penyakit kulit. Di samping itu, penulis membincangkan cara rawatan untuk setiap penyakit dan nasihat yang boleh dimanfaatkan oleh setiap ibu bapa.

Penulis memaparkan gambar-gambar untuk setiap penyakit supaya pembaca dapat mengenalpasti setiap jenis penyakit dan memudahkan ibu bapa mengambil apa-apa tindakan yang perlu supaya dapat mencegah penyakit ini dari menjadi lebih parah. Pencegahan awal boleh diambil demi anak-anak.

Untuk mendapatkan buku ini, sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my  untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.