Select your language

Kaunter Rujukan Dan Maklumat Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah Kota Kinabalu terletak di aras 3 bangunan.
Sila lihat sini untuk maklumat lokasi semua koleksi. Koleksi yang terdapat disini adalah hanya untuk rujukan di dalam perpustakaan sahaja.
Jika anda menemui sebarang kesukaran dalam pencarian bahan atau maklumat, sila berjumpa dengan pustakawan rujukan yang bertugas atau menulis kepada kami di alamat berikut:

  • Perkhidmatan Rujukan Dan Maklumat
    Perpustakaan Negeri Sabah
    Beg Berkunci 2023
    88999 Kota Kinabalu

Perkhidmatan Rujukan dibuka kepada semua ahli Perpustakaan Negeri Sabah.

KHIDMAT PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN

Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) adalah pinjaman diantara perpustakaan-perpustakaan Ibu Pejabat, Wilayah dan cawangan Perpustakaan Negeri Sahaja.
Pinjaman antara perpustakaan lain hendaklah dilakukan melalui Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
Khidmat Pinjaman Antara Perpustakaan juga boleh didapati di bawah perkhidmatan U-Pustaka. Sila berjumpa dengan pustakawan rujukan kami untuk bantuan.

 

KOLEKSI RUJUKAN

Antara koleksi rujukan yang terdapat di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah:

  • Ensaiklopedia
  • Buku Rujukan Dewasa Bahasa Inggeris
  • Malaysiana (Setiap terbitan mengenai Malayisa)
  • Laporan Tahunan Syarikat
  • Prospektus ( Tempatan dan Luar Negeri)
  • Buku Rujukan Dewasa Bahasa Malaysia
  • Buku Rujukan dewasa Bahasa Cina
  • Direktori Telefon
  • Brosur Pengembaraan2.
  • Terbitan Kerajaan
  • Majalah dan jurnal Keluaran kebelakangan
  • Koleksi Tanda Merah
  • Pakej Pendidikan
  • Koleksi Rujukan Pantas (Kamus dan lain-lain)
  • Keratan Akhbar
  • Koleksi Tanda Putih ( Popular dan mempunyai banyak gambar)
  • Koleksi Undang-undang
  • Koleksi Sejarah Tempatan

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.