A- A A+

Rahsia Minda Jutawan

Penulis
Amar Mahmood

Terbitan
Kuala Lumpur: PTS Professional Publications SDN. BHD., 2007. 136 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Puan Margaret Boisi, Perpustakaan Desa, Kg. Sokid Bundu Tuhan Ranau.

Golongan jutawan adalah golongan orang biasa yang berjaya  mencapai kejayaan yang luar biasa.  Mereka bukan sahaja terlatih dalam bidang kewangan, malah dapat memotivasikan diri dan berfikiran positif serta menggunakan minda separa sedar dengan efektif bagi mencapai cita cita untuk berjaya. Para Jutawan mendapat kejayaan demi kejayaan serta  kekayaan dengan kemahiran mereka menggunakan formula ataupun cara cara bagi mendapatkan kekayaan tersebut.

Menurut penulis, kejayaan dan kekayaan sebenarnya bukan sekadar nasib diri  tetapi boleh dipelajari dan diajarkan kepada semua orang. Buku bertajuk “RAHSIA MINDA JUTAWAN” ini mendedahkan apa yang terdapat dalam  minda para jutawan serta mengajar seseorang  supaya mempunyai minda seperti itu dan seterusnya menjadi  pemikir kejayaan untuk diri sendiri.  Buku ini ditulis untuk  memotivasikan ataupun merangsang minda pembaca supaya menjadi kaya.

Dalam buku ini juga, penulis telah menerangkan langkah-langkah untuk berjaya seperti membuat anjakan paradigma supaya sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan, berfikiran luas dan sentiasa percaya kepada kejayaan.  Penulis turut  menyatakan bahawa  mempraktikkan kaedah kaedah yang diamalkan oleh para jutawan  dunia  ataupun orang yang berjaya  boleh merangsang minda untuk berjaya.

Turut dibincangkan dalam buku ini adalah motivasi minda yang digunakan oleh jutawan seperti rahsia kejayaan jutawan, penggunaan minda separa sedar, cara meniru pemikiran jutawan dan jalan menuju kejayaan. Buku ini membolehkan para pembaca menentukan arah dan tujuan hidup supaya menjadi pemenang dan  berjaya.

Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat, bagi memotivasikan diri untuk mereka yang selalu mengalami kegagalan dalam kehidupan. sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat, dengan melayari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my  atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebu untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

 

 

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.