A- A A+

Alamat :

Perpustakaan Wilayah Tawau 
Peti Surat 775, 91008 Tawau,

Telephone:089-760632 / 760631

Ketua : Salmah Fazul Rahman

 

Pengenalan

Bangunan baru Perpustakaan Wilayah Tawau telah dibuka kepada orang ramai pada 27 Disember 1993 dan dirasmikan oleh mantan Ketua Menteri, YB Datuk Joseph Pairin Kitingan pada 16 Februari 1994.

 

Jendela bulatan di sekeliling tingkat pertama bangunan ini berbentuk seperti kapal angkasa yang membolehkan para pengguna menikmati pemandangan indah menghala ke laut.  Panel-panel akustik juga memberi suasana persekitaran yang mententeramkan sementara penggunaan bumbung bondek di auditorium membantu mengurangkan paras gangguan bunyi.Bangunan ini juga menyediakan pintu keluar masuk yang mudah, tanjakan serta lif bagi golongan istimewa. 

 

Perpustakaan Wilayah Tawau juga dilengkapi dengan  bilik serbaguna, kawasan pameran, bilik perbincangan dan bilik akitiviti bagi kanak-kanak.
Sebuah kafeteria dan tempat letak kereta dengan muatan 154 kereta pada suatu masa telah juga disediakan.  Auditorium dengan tempat duduk sejumlah 420 orang juga telah dibina dan ia boleh disewa untuk taklimat, kuliah dan persembahan kebudayaan.

 

Pada Julai 1997, Perkhidmatan Internet telah diperkenalkan dan mendapat sambutan yang menggalakan daripada orang awam.  Sementera kompilasi pakej Pendidikan telah dimulakan pada November 1997 untuk memenuhi kehendak  para pelajar.   Perkhidmatan pinjaman berkelompok juga telah dipanjangkan kepada Jabatan Penjara Tawau.

 

Perpustakaan Wilayah Tawau juga bertanggungjawab ke atas penyeliaan perkhidmatan di Perpustakaan Cawangan Semporna dan Kunak dan juga perkhidmatan perpustakaan bergerak. Perpustakaan bergerak juga memberi perkhidmatan kepada 25 sekolah dan mungkin akan melawat kampung-kampung yang jauhnya lebih dari 25 kilometer dari Tawau.

 

Perkhidmatan

1) Khidmat Rujukan

2) Khidmat Pembaca

3) Sumber Media

4) Perpustakaan Bergerak

5) Des@Net

 

HARI MASA PEMBUKAAN
Isnin 10.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
Selasa Hingga Jumaat 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG
Sabtu & Ahad 9.00 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
Cuti Umum TUTUP

 

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.