Select your language

Seni Visual: Antara Aspirasi Dengan Ekspresi

Penulis
Mohamed Noor Othman

Terbitan
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017. 234 Muka Surat.

 


 

Ulasan oleh Emerald Taising, Latihan Industri, UiTM Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

Buku bertajuk “Seni Visual: Antara Aspirasi Dengan Ekspresi” mengandungi huraian dan perbincangan tentang keunikan seni yang membangkitkan keunggulan seorang seniman serta menerangkan elemen-elemen di sebalik karya yang telah dihasilkan. Buku ini juga menampilkan hasil karya daripada tokoh-tokoh seni seperti Kok Yew Puah dan Latiff Mohiden. Seni adalah suatu ciptaan atau ekspresi terhadap sesuatu yang di anggap indah.

Visual adalah sesuatu yang kita boleh nampak dan boleh sentuh. Penulis menjelaskan dalam setiap hasil karya seni menghadirkan elemen tertentu sebagai wakil untuk menyampaikan mesej seperti, tema, konsep karya dengan persekitaran, elemen seni, simbol budaya dan imej-imej universal.

Buku ini mengandungi 21 topik dan terbahagi kepada 4 bahagian dalam buku. Antaranya, konsep, idea dan makna dalam pernyataan seni visual, seni dan seniman, aspirasi seni visual Malaysia dan seni suatu kesinambungan. Seni memerlukan naluri ekstetik yang dipengaruhi oleh faktor-faktor agama, kebudayaan, ruang dan masa. Aspirasi berkarya itu ialah kebijaksanaan artis dalam mencari ruang keindahan untuk komposisi, keseimbangan nilai moral dan kekuatan elemen seni.      

Buku ini menarik kerana mengandungi ilustrasi foto yang merangsang minda pembaca dalam memahami karya seni yang dihasilkan oleh pelbagai elemen di dalamnya. Buku ini dapat membantu pembaca untuk menghayati komunikasi visual sebagai aspirasi idealisme.

Setiap karya yang dipersembahkan mengandungi mesej yang ingin disampaikan oleh seorang pelukis. Dalam bab 9, ada menyentuh tentang disebalik karya Claude Monet “Impression Sunrise” menyentuh tentang pencahayaan, dimana pelukis cuba untuk mencipta suatu rakaman realiti yang dianggap hidup.  Lukisan beliau adalah untuk merakam sejarah lampau. Manakala, bab 10 ada menyentuh hasil karya Rembrandt yang berjudul self-Potrait with Saskia (1635) yang menggambarkan suasana kostum bersama-sama isterinya menggunakan cahaya dan bayang dalam karyanya.

Perkembangan catan figuratif Malaysia sumbangan daripada Kumpulan pelukis-pelukis Nanyang dan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) telah dijadikan contoh sebagai aspirasi semangat sejagat. Buku ini juga membincangkan hasil karya di Malaysia yang mempamerkan seni ketimuran seperti Shafie Hj. Hassan dengan karya berjudul Seniwati dan Warisan Tikar, bahan cat air, tahun 1987 dan karya Lee Boon Wang berjudul Workers (1955) menggunakan bahan cat minyak.

Seni yang dipersembahkan adalah untuk dihayati. Hasil karya yang dihasilkan oleh seniman membawa perasaan sosial yang menjadi suatu karya yang menghubungkan manusia dalam komunikasi visual seperti yang dikatakan oleh penulis. Diharapkan buku ini dapat membantu pembaca untuk lebih menghargai dan menghayati seni yang disumbangkan oleh seniman.

Kesimpulannya, buku ini padat dengan huraian fakta seni visual dan perbincangan daripada penulis. Buku ini amat sesuai kepada pelajar yang minat dalam bidang seni untuk mengukuhkan pemahaman mereka, dalam memahami konsep seni visual ini. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar IPTA dan IPTS.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandungan buku dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau menghubungi 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Walau bagaimanapun buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk di hantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu. Sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Kalau kamu hanya membaca buku yang dibaca semua orang, kamu hanya boleh berfikir sama seperti semua orang." (Haruki Murakami).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.