A- A A+

Tahniah! Puan Hamil

Penulis
Siti Balqis Syed Mohd Noor dan Dr. Murizah Mohd Zain

Terbitan
Humaira Publications Sdn. Bhd., 2015. 191 Muka Surat

 

Ulasan oleh Adeline Sylvester, Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah

Risau, panik, berdebar, teruja merupakan antara pengalaman-pengalaman yang dirasai oleh seorang wanita yang bakal bergelar seorang ibu, terutama sekali jika ia merupakan kelahiran anak pertama. Buku bertajuk Tahniah! Puan Hamil merupakan himpunan pengalaman sebenar enam (6) orang ibu muda yang melahirkan anak pertama.

Dalam buku ini telah mengetengahkan kisah dan tip-tip bagi membantu para wanita menelusuri tiga langkah terutamanya pada tiga fasa awal menjadi ibu iaitu kehamilan, bersalin dan berpantang.


Menurut penulis, tanpa mendalami ilmu untuk menghadapi cabaran, mungkin terdapat juga wanita berasa takut untuk bergelar ibu.  Malah, mungkin ada yang trauma untuk melahirkan anak seterusnya, kerana berhadapan dengan pengalaman buruk semasa melahirkan anak pertama. Justeru itu, penulis berharap agar buku ini dapat membantu para wanita untuk menjadi seorang ibu yang lebih yakin, bersedia, tenang menghadapi pelbagai situasi, bijak dan berilmu dalam menempuhi fasa keibuan dan dapat menyumbang kepada pembentukan generasi berkualiti untuk agama, negara dan bangsa.


Dalam buku ini juga telah diselitkan penjelasan dari doktor pakar ginekologi mengenai alat reproduksi wanita, proses kehamilan, takrif infertiliti dan beberapa khidmat nasihat mengenai fasa kelahiran serta kebarangkalian masalah bayi yang bakal dilahirkan. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Pendapat anda mengenai laman web baru?

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.