Select your language

Teknik Terkini Mengatasi Data Hilang dan Serangan Virus

Penulis
Tim EMS

Editor
Dr. Hassan Noor dan Amirah Anas Anuar.

Terbitan
Kuala Lumpur, Synergy Media. 
152 Muka Surat.

 Ulasan oleh Saharia Latif, Perpustakaan Wilayah Tawau

Peralatan komputer adalah satu kemudahan yang sangat membantu manusia dalam menyelesaikan banyak kerja-kerja harian yang membabitkan tugas-tugas pejabat.  Kes kehilangan data sering terjadi umumnya kerana kegagalan logik, ketika sistem operasi gagal untuk mengesan sistem fail, sama ada disk, bahagian atau kerana sistem operasinya rosak. Agak sukar untuk seseorang itu mengatasi masalah ini sekiranya tidak mengetahui kaedah yang betul untuk menyelesaikannya.

Teknik pencegahan yang berkesan dan langkah-langkah menghindari dan cara mengatasi masalah kehilangan data dihurai secara terperici di dalam buku ini. Penggunaan tools dan kaedah yang tepat seperti teknik Data Recovery boleh menghalang kehilangan data apabila berlaku kerosakan pada disk sama ada secara tiba-tiba atau serangan virus.

Buku ini  juga memberikan pengetahuan mengenai masalah yang yang sering berlaku kepada perisian komputer iaitu kehilangan data dan serangan malware seperti Virus, Spyware dan Trojan sertamemberi pengetahuan mengenai teknik terkini yang boleh digunapakai bagi mengatasi pelbagai masalah yang menjadi punca kehilangan data di komputer.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku dan pintu adalah hal yang sama. Kamu membukanya dan kamu pergi ke dunia lain."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.