Select your language

Tumbuhan Herba Untuk Mengatasi Influenza

Penulis
Herti Maryani dan Lusi Kristiana

Adaptasi
Syahaneem Sharbani

Terbitan
Synergy Media.  63 Muka Surat

 

Ulasan oleh Patricia Akang @ Mazlynny Abdullah, Pd Kg. Kelatuan Papar

Influenza adalah penyakit yang paling mudah dialami oleh sesiapa sahaja, baik dewasa mahupun kanak-kanak.  Penyakit ini juga mudah merebak, terutama sekali jika keadaan badan terlalu lemah.  Influenza merupakan penyakit berjangkit di saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus dan boleh tersebar di udara dengan bebas.

Buku bertajuk Tumbuhan Herba untuk mengatasi Influenza ini ditulis agar pembaca mengetahui lebih lanjut tentang influenza, cara pencegahan dan rawatan dengan menggunakan herba tradisional. Turut disenaraikan beberapa jenis tumbuhan herba yang berkhasiat untuk menyembuhkan influenza  seperti cengkih, asam jawa, bawang merah dan pelbagai lagi.

Penulis berharap agar pembaca dapat memahami dan memanfaatkan ubat-ubatan tradisional bagi mengubati influenza dengan cara yang betul. Selain itu, turut disertakan juga perkongsian pengalaman pesakit influenza yang telah sembuh dengan mengamalkan ubatan tradisional.

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

 

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku adalah teman yang berharga. Namun, sulit untuk menjelaskan hal itu kepada yang tak suka membaca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.