Select your language

Jangkitan Boleh Meragut Nyawa

Penulis
Saileh Azizah

Terbitan
MDM Enterprise, 44 muka surat

 

Ulasan oleh Rayjelyn Binti Etin @ Robert, PNSC Lahad Datu

Jangkitan ialah disebabkan serangan tisu badan organisma perumah oleh organisma penyebab penyakit. Tindak balas hasil tisu perumah terhadap organisma ini ialah toksin yang dikeluarkan. Penyakit berjangkit dikenali sebagai penyakit yang boleh berpindah daripada seseorang kepada seseorang yang lain serta boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan diri kita.

Justeru itu, bagi menjaga kesihatan dan keselamatan diri, kita memerlukan pengetahuan mengenai jenis-jenis penyakit yang berjangkit dan jenis penyakit tidak berjangkit.

Buku ini mengupas isu-isu seperti, bolehkah seseorang pelajar itu hadir ke sekolah ketika mengidap penyakit berjangkit, bagaimana mengenal penyakit, perbezaan antara bakteria dan virus, jenis golongan penyakit, jenis penyakit tidak berjangkit, jenis penyakit yang dikatakan misteri, siapakah pembawa penyakit, imunisasi kekebalan, penyakit berbahaya di dunia dan tanggungjawab siapa. Buku ini turut memaparkan senarai penyakit berbahaya serta mendedahkan kaedah-kaedah yang perlu dilakukan sebagai persiapan dan benteng diri.

Buku  ‘Jangkitan Boleh Meragut Nyawa’ ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama para pelajar dan ibu bapa kerana kita akan mendapat pelbagai pengetahuan untuk mengenal pasti dan mencegah penyakit berjangkit.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang buku ini, sila layari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov atau hubungi talian 088-231623, 214828,  256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.

Bagaimanapun buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Buku dan pintu adalah hal yang sama. Kamu membukanya dan kamu pergi ke dunia lain."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.