Select your language

Strok : Rawatan Cara Berjalan Bal Ex Foot

Penulis
Zuraida Zainun

Terbitan
Universiti Malaysia Terengganu
55 muka surat.

 

Ulasan oleh Adeline Sylvester, PNS HQ

Strok merupakan salah satu penyakit yang dikategorikan sebagai penyakit kronik yang berbahaya dan mempunyai impak yang besar kepada pesakit.  Statistik menunjukkan strok atau angin ahmar merupakan yang ketiga tertinggi menyebabkan kematian selepas penyakit jantung dan kanser.

Antara punca-punca utama terjadinya serangan strok adalah kerana bekalan darah berkurangan ke bahagian otak.  Ini disebabkan oleh salur darah yang menyaluri bahagian otak tersumbat atau pecah.  Penyakit-penyakit kronik lain seperti penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung, obesiti, merokok dan tahap kolesterol yang tinggi merupakan faktor penyumbang utama serangan strok. 

Buku ini juga menjelaskan tentang punca strok salur darah tersumbat atau iskemia dan strok berdarah.   Menurut penulis, salur darah tersumbat berlaku, apabila penyumbatan salur darah atau pembekuan darah di mana darah beku terbentuk di saluran darah arteri utama yang menghala ke otak.  Manakala,  strok berdarah berlaku apabila saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah dan menyebabkan berlakunya pendarahan di sekitar otak.

Adalah amat penting bagi masyarakat untuk mengetahui serta memperoleh maklumat yang jelas tentang gejala dan tanda-tanda awal serangan strok supaya dapat mengambil tindakan segera.  Salah satu teknik atau cara ringkas untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu menghadapi strok ialah terma FAST atau  F untuk Face,  A untuk Arm, S untuk Speech dan T untuk Time. 

Biasanya, pesakit mengalami simptom dan tanda strok yang berbeza seperti tidak sedarkan diri, menghadapi masalah untuk bertutur, pening, hilang daya keseimbangan badan, sakit kepala yang melampau, badan menjadi lemah, mengalami masalah penglihatan dan sebagainya.  

Buku bertajuk Strok:  Rawatan Cara Berjalan Bal Ex Foot ini mendedahkan beberapa modul serta inovasi terkini dalam rawatan strok dan rehabilitasi yang dapat membantu ahli keluarga serta pesakit.  Buku ini boleh dijadikan sebagai panduan di rumah dalam merawat pesakit strok.  Modul Bal Ex Foot  atau Balance Exercise yang didirikan oleh sekumpulan penyelidik USM pada tahun 2011, merupakan teknik rawatan fisioterapi yang mengandungi 56 pergerakan dan terbahagi kepada 7 tahap yang berbeza.

Bal Ex Foot merupakan siri inovasi yang melibatkan rawatan keseimbangan badan bagi membantu pesakit strok atau pesakit yang mengalami masalah kelumpuhan pada sebelah badan.  Dengan penggunaan kaedah Bal Ex Foot, penulis berharap dapat membantu pesakit strok berjalan dan secara langsung boleh meningkatkan tahap keseimbangan badan mereka. 

Walaupun buku ini nipis tetapi lengkap dengan panduan-panduan yang sangat bermanfaat, serta mengandungi gambar-gambar aktiviti pesakit strok yang sedang menjalani latihan pemulihan Bal Ex Foot dan sumber rujukan. 

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku ini  dan isi kandungannya, sila lawati laman web Perpustakaan Negeri Sabah di www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828 atau 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut. Bagaimanapun, buku-buku ini mungkin mengambil masa untuk dihantar ke perpustakaan di luar Kota Kinabalu, sila berhubung dengan perpustakaan terdekat untuk tempahan pinjaman.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Membaca adalah alat paling dasar untuk meraih hidup yang baik." - Joseph Addison

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.