Select your language

Penanaman Durian

Penulis
Bernard T. Wahyu Wiryanta

Penyunting
Masyanti Binti Jamal

Terbitan
Synergy Media
104 muka surat

 

Ulasan oleh Ethel Norman, PNSC Penampang

Durian merupakan buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang sangat tinggi sehingga mendapat gelaran raja buah atau King of the fruits.  Berdasarkan sejarah, buah durian pertama kali dijumpai di Malaysia oleh Murray pada abad ke 18.  Kini, durian ditanam secara besar-besaran di Thailand, Malaysia,  Indonesia, Vietnam dan sebahagian Negara Australia. 

Buku ini menjelaskan dengan terperinci mengenai  jenis-jenis durian, perkembangbiakan,  cara penanaman dan  penjagaan, kaedah  pembasmian hama dan penyakit,  cara pengutipan hasil serta analisis peniagaan tanaman durian.

Menerusi kaedah penanaman seorang boleh mengetahui  cara memilih benih, menyedia tanah, mengatur jarak tanaman,  keperluan tanaman pelindung, penyediaan lubang tanaman dan kandungan tanah digunakan untuk menanam.

Buku ini boleh dipinjam di semua rangkaian Perpustakaan wilayah dan Cawangan Perpustakaan Negeri Sabah serta rujukan di Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah.   Bagi  sebarang pertanyaan sila berhubung dengan  Seksyen Perkhidmatan Pembaca di atas talian 088-721104/5.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Makin banyak membaca, makin aku banyak berpikir; makin aku banyak belajar; makin aku sadar bahwa aku tak mengetahui apa pun." (Voltaire).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.