Select your language

Kenali Fiona Florisca Jominis 

Tentang Fiona Florisca Jominis

Berasal dari Pinawantai Kudat, Sabah. Anak keempat dari lima adik beradik ini mendapat Pendidikan awal di SRK Pinawantai dan Pendidikan menengah SMK Pinawantai. Lulusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan Oktober 2019. Meminati dunia penulisan semasa di bangku sekolah lagi. Mula menulis sejak  2018, iaitu semasa di ruang belajar universiti lagi. Karya cerpen penulis pernah diterbitkan di dalam akhbar Utusan Borneo dan New Sabah Times pada tahun 2020. Manakala, karya penulis pernah disiarkan di dalam majalah E-Wadah. Penulis mempunyai nama pena, dengan Fiona FJ. Bukunya yang pertama bertajuk  “Peristiwa Sazline Watie” terbit  September 2020, penulis merasa begitu gembira dapat memulakan perjalanan sebagai penulis muda yang masih belajar. Kemudian dalam bulan Oktober 2020, penulis berjaya menghasilkan kumpulan sajak sebanyak 50 untuk dijadikan buku bertajuk “Dilemma Cinta Terbiar”. Seterusnya, penulis aktif membuat novel berlainan genre. Pada bulan December 2020, penulis berjaya menghasilkan tiga buah buku, bertajuk “Poems of Floweriss and Evylinda with Her Sixth Sense”, kemudian, “Bidadari Perisik”dan “Cahaya Cinta Mariposa”.


Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Hidup kita diubah oleh dua hal: orang yang kita cintai dan buku yang kita baca."

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.