Select your language

Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa adalah inisiatif negara Bangladesh yang telah diluluskan/diiktiraf pada Persidangan Umum UNESCO tahun 1999. Ia disambut setiap tahun pada 21 Februari untuk mempromosikan kesedaran kepelbagaian bahasa dan budaya. Tarikh itu juga sebagai memperingati kejadian empat orang pelajar yang terbunuh akibat kontroversi bahasa pada 21 Februari 1952. Seperti yang dinyatakan oleh UNESCO, "apabila bahasa lenyap, begitu juga dengan kepelbagaian budaya yang kaya di dunia ini. Peluang, tradisi, kenangan, cara pemikiran dan eskpresi yang unik - sumber-sumber yang berharga untuk memastikan masa depan yang lebih baik juga akan hilang ". Bahasa adalah manifestasi budaya yang paling berkuasa dan bahasa ibunda adalah lambang bagi budaya seseorang, oleh itu, ia perlu dipelihara sementara meneruskan mempelajari kepelbagaian bahasa ibunda yang lain.

Untuk meraih manfaat sepenuhnya bagi sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa, guru-guru boleh menjalankan aktiviti di bilik darjah dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih 5-10 perkataan berdasarkan bahasa ibunda mereka masingmasing dan meneka perkataan tersebut bersama-sama dengan pelajar yang lain. Selain itu, kita juga boleh mempromosikan dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan bahasa ibunda di media sosial, mempelajari kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam komuniti kita, mengenali bahasa-bahasa yang terancam di dunia serta kepentingan memeliharanya.

Tema Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2023, “Pendidikan berbilang bahasa – satu keperluan untuk mengubah pendidikan dalam dunia berbilang bahasa” sejajar dengan cadangan yang dibuat semasa Sidang Kemuncak Pendidikan Transformasi, di mana penekanan turut diberikan pada pendidikan dan bahasa Orang Asli.

Multilingualisme menyumbang kepada pembangunan masyarakat inklusif yang membenarkan pelbagai budaya, pandangan dunia dan sistem pengetahuan untuk wujud bersama dan perkahwinan-silang.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.