Select your language

Tibanya bulan Jun, apakah yang ada disebalik bulan ini? Ianya ialah Hari Ayah. Hari di mana dunia meraikan seseorang yang telah banyak berkorban untuk keluarganya. “Hero pertama kepada anak lelaki, cinta pertama kepada anak perempuan”, ini merupakan sebuah kenyataan yang menerangkan betapa pentingnya ayah dalam kehidupan seseorang. Dia merupakan seorang yang tidak akan menunjukkan kelemahannya dan sebarang air mata, seorang yang akan mempertahankan anaknya dalam waktu kesukaran kerana membesarkan anak-anak adalah misi utama di dalam kehidupannya. Dia lah seseorang yang bergelar “ayah”.

Sudahkah anda memberikan ucapan kepada ayah anda hari ini? Selalu kita tafsirkan bahawa ayah tidak memerlukan apa-apa ataupun sebarang luahan perasaan disebabkan sifat kelakiannya. Akan tetapi kita tidak akan pernah dapat menduga apa yang ada disebalik senyumannya dan disebalik sifat gagah yang ditunjukkannya. Satu ucapan daripada seorang anak akan memberikan seribu satu makna terhadap dirinya!

Perpustakaan Negeri Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Ayah kepada semua yang bergelar ayah di luar sana! Anda telah banyak berkorban untuk membina bangsa yang berjaya!

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.