Select your language

UNIKNYA IKLIM EMPAT MUSIM

Penulis
OMIE SHADYLLA TAIB

Terbitan
SELANGOR: CONTENT PLUS SDN. BHD., 2020. 36 MUKA SURAT.

 Ulasan oleh Fatmawati Lapida, Perpustakaan Desa Kg.Pasir Putih Tawau

Fenomena alam ini selalu terjadi dengan cara yang menakjubkan. Kejadian empat musim merujuk kepada fenomena alam yang berlaku kesan daripada peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbitnya yang tersendiri. Empat musim  yang menyebabkan beberapa perubahan fizikal di permukaan bumi, iaitu semasa berlakunya Ekuinoks musim bunga, Solstis musim panas, Ekuinoks musim luruh dan Solstis musim sejuk. Untuk menentukan jenis iklim, data-data cuaca telah dikumpul selama beberapa tahun.

Buku ini mengandungi empat bab yang menghuraikan topik iklim yang ada di bumi. Antaranya adalah sains dan iklim, bentuk muka bumi, haiwan artik dan  tumbuh-tumbuhan semula jadi. Dalam setiap bab, penulis telah memberi huraian yang lengkap mengenai empat iklim yang boleh kita perolehi di  dalam buku ini.

Bab satu menghuraikan jenis iklim empat musim. Terutamanya kawasan yang kedudukannya hampir dengan Kutub Utara dan Kutub Selatan. Musim bunga selalunya berlaku di zon sederhana, ia merupakan musim peralihan dari musim panas. Selain itu, musim luruh adalah musim dimana tumbuh-tumbuhan akan mula menggugurkan daun-daunnya. Musim luruh merupakan musim peralihan dari musim panas ke musim sejuk. Seterusnya, musim sejuk kebiasaannya tiba pada bulan Disember di hemisfera utara dan akan berterusan sehingga awal Mac kadangkala berlarutan sehingga bulan April. Pada musim sejuk, orang ramai akan ke kawasan tinggi untuk bercuti dan bermain ski. Akhir sekali, pada musim panas matahari memancar agak terik dengan suhu yang tinggi dan waktu siang lebih panjang berbanding waktu malam. Selalunya ramai orang akan menghabiskan masa bersiar-siar di pantai pada musim panas.

Bab kedua tentang bentuk muka bumi yang sentiasa berputar di paksinya yang bermula dari Kutub Utara ke arah Kutub Selatan secara condong ke arah matahari. Kecondongan paksinya menyebabkan berlakunya iklim empat musim dalam setahun dan setiap pusingan mengambil masa selama 24 jam. Garisan Khatulistiwa pula berada di tengah-tengah antara Kutub Utara dan Kutub Selatan. Iklim empat musim biasanya berlaku di pertengahan garisan lintang dan tidak berlaku di kawasan tropika kerana matahari sentiasa berada tinggi di atas langit. Seterusnya, bumi terdiri daripada lima garisan utama iaitu garisan Artik, garisan Antartik, garisan Sartan, garisan Jadi dan garisan Khatulistiwa. Selain itu, cuaca dan iklim terbahagi kepada tiga jenis iaitu zon sejuk, zon sederhana dan zon panas.

Bab ketiga mengenai haiwan Artik yang bertukar warna bulu badan bertujuan untuk menyamar apabila tibanya musim sejuk. Terutamanya haiwan yang menjadi mangsa dalam rantaian makanan bagi habitat di kawasan Artik. Penyamaran ini menyebabkan ia tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pemangsa dan mangsanya. Lautan Artik pula meliputi hidupan seperti tumbuh-tumbuhan tundra Kutub Utara, rumput rumpai, herba-herba dan sebagainya.

Bab keempat pula menghuraikan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Tumbuh-tumbuhan di Kutub Utara sebelum ini hanya boleh ditemukan di kawasan tundra. Ketika tibanya musim panas, air beku di permafros akan cair sehingga membentuk banyak danau dan tanah berlumpur di kawasan tundra. Kawasan di tundra adalah kawasan yang paling sejuk di dunia. Kawasan ini tidak mempunyai pohon yang ditemui di Artik dan di puncak gunung yang mana iklim sejuk berangin dan hujan adalah sedikit sahaja. Selain itu, Tundra ialah kawasan yang mana pertumbuhan pohon atau pokok terbantut kerana suhu rendah dan pertumbuhannya juga singkat.

Justeru, objektif utama buku ini diterbitkan bagi tujuan kita mengenal jenis-jenis iklim yang ada di luar negara dengan lebih mendalam. Buku ini boleh dijadikan rujukan golongan profesional, penyelidikan, pengajar mahupun pelajar. Ciri-ciri di dalam buku sangat berkesan untuk kita memahami uniknya iklim empat musim ini. Selain itu, gaya penulisan yang digunakan oleh penulis juga mudah difahami dan menarik berkaitan dengan subjek sains dan geografi sememangnya diminati ramai.

Buku ini ada di dalam koleksi Perpustakaan Desa Kampung Pasir Putih, Tawau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai buku ini sila hubungi kakitangan perpustakaan yang bertugas. Walau bagaimanapun, buku ini akan mengambil masa untuk dihantar di luar kawasan Kota kinabalu. Sila berkunjung ke Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat atau melayari laman sesawang www.ssl.sabah.gov.my atau hubungi talian 088-231623, 214828, 256192 untuk mengetahui ketersediaan buku ini.

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.