Select your language

Hari Hepatitis Sedunia disambut setiap tahun pada 28 Julai untuk meningkatkan kesedaran terhadap hepatitis, sekumpulan penyakit berjangkit yang menyerang hati dan menjejaskan kualiti hidup masyarakat di seluruh dunia. Peristiwa ini juga mempromosikan kepentingan membuat ujian dan pencegahan untuk semua jenis penyakit iaitu Hepatitis A, B, C, D dan E. Tarikh 28 Julai dipilih kerana ia merupakan tarikh lahir seorang saintis yang telah memenangi hadiah Nobel hasil penemuan hepatitis virus B (HBV) dan membangunkan ujian diagnostik dan vaksin untuk virus tersebut. Beliau ialah Dr. Baruch Blumberg,

Tema Hari Hepatitis Sedunia 2022 ialah 'I can’t wait' yang menekankan keperluan untuk mempercepatkan usaha memerangi virus Hepatitis dan kepentingan menjalani ujian pemeriksaan serta rawatan untuk orang yang benar-benar memerlukannya. Kempen ini mampu mengetengahkan permintaan penghidap virus hepatitis yang menyeru agar stigma dan diskriminasi ditamatkan dalam kadar segera.

Jangan tunggu. Jalani ujian pemeriksaan.

 

Sumber daripada: https://www.worldhepatitisday.org/

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.