Select your language

Pada tanggal 30 dan 31 Mei negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menyambut Pesta Kaamatan. Perayaan ini kebiasaannya akan diraikan oleh kaum Kadazandusun, Murut dan Rungus. Perkataan ‘Kaamatan’ diambil daripada kata dasar perkataan 'tomot', yang bermaksud "tuai" dalam istilah bahasa Kadazandusun.

Pesta Kaamatan disambut bagi memperingati pengorbanan besar pasangan Kinoingan dan Sumundu yang mengorbankan anak perempuan tunggal mereka Huminodun. Pengorbanan dilakukan untuk menyelamatkan daerah mereka daripada kemarau dan kebuluran yang teruk. Perayaan ini juga melambangkan perkongsian hasil padi baru daripada jasad Huminodun yang telah dikorbankan dan kesyukuran kepada sumber makanan.

Salah satu tradisi yang menarik dalam meraikan Pesta Kaamatan ialah Pertandingan Unduk Ngadau. Pertandingan ini merupakan pertandingan ratu cantik dalam kalangan etnik yang meraikan Pesta Kaamatan. Unduk Ngadau berasal dari perkataan "tunduk tadau" atau “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Unduk Ngadau melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pemenang untuk pertandingan ini akan dinobatkan pada hari terakhir Pesta Kaamatan.

Pada tahun ini Pesta Kaamatan bertemakan “Kaamatan Membudayakan Perpaduan”.

 

 

Tabik Kaamatan kepada semua

Ulasan Buku

Arkib

Pengarang Tempatan Kami

Mutiara Kata

"Orang yang tidak banyak membaca pasti tidak banyak tahu. Orang yang tidak banyak tahu sangat dekat dengan kebodohan. Dan kebodohan akan sangat dekat dengan kemiskinan." (Helmy Yahya).

Waktu Operasi Ibu Pejabat

Tutup Pada Cuti Umum, Kecuali Perpustakaan Tanjung Aru

088-214828, 231623 Faks: 088-270151
hq.ssl@sabah.gov.my
Jalan Tasik, Off Jalan Maktab Gaya, Locked Bag 2023, 88300 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.